saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 19/01/2013

Sisi lain, Faiz Tapit

SUKAR untuk mengenal pasti siapa pemilik blog, Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau ini yang sebenarnya, biarpun dalam kalangan pengikut blog sendiri yang kini hampir mencecah 8,000 orang.

Apa tidaknya, pemilik blog tersebut, Mohd Faiz Yusof, 23, mengakui sepanjang menceburi dunia blog pada 14 Mac 2010 hanya beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di Internet.

Penulis sendiri hampir tertipu dengan gambar profil yang digunakan di blog mahupun laman-laman sosial lain yang menggunakan imej seorang lelaki gemuk.

Mengikut cerita anak ketiga daripada lima orang adik-beradik itu, memandangkan dirinya bukan penulis blog peribadi jadi tidak hairanlah gambarnya jarang dimuat naik di blog.

Lebih-lebih lagi, penuntut tahun akhir jurusan Sains Makanan dan Nutrisi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengaku dia bukanlah seorang yang gemar bergambar.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Faiz Tapit berkata, dunia blognya bermula semenjak menjejakkan kaki ke UKM.

Sebagai mengisi masa terluang, katanya, dia sering melakukan blogwalking yang bermula dengan blog rakan kuliahnya sendiri.

Dalam tempoh tiga bulan, Faiz Tapit akhirnya mengambil keputusan untuk membina blog sendiri sebagai catatan kenangan di alam maya sebelum berubah haluan menulis kisah-kisah lawak bersama pengikut blognya.

Nak tahu lanjut mengenai kisah kehidupan pemilik blog http://sayafaiz.blogspot.com yang selama menjadi rahsia, jom ikuti hasil temu bual .com bersama beliau di UKM, Selangor baru-baru ini. -LYNN/ABDUL NAZIR MOHAMED

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.