saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 07/03/2013

Penuhi kerjaya impian di KidZania

Kanak-kanak yang berminat dengan kerjaya seorang ahli bomba turut merasai pengalaman memadamkan kebakaran.

SETIAP kanak-kanak pasti mempunyai impian dan cita-cita masing-masing. Bagi yang meminati pakaian seragam, polis atau tentera pasti menjadi kerjaya impian mereka, manakala yang meminati kapal terbang pastinya ingin menjadi juruterbang.

Kebanyakan kanak-kanak meminati kerjaya yang mempengaruhi mereka hasil daripada penglihatan alam sekeliling atau kerana mengagumi idola pilihan hati mereka.

Bagi mendidik serta memberi pengalaman alam pekerjaan dan kehidupan berkerjaya kepada kanak-kanak, pusat pendidikan dan hiburan Kidzania menubuhkan sebuah taman tema yang menyerupai sebuah pusat bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun.

Taman tema ini menyediakan 90 aktiviti yang terdiri daripada 60 ruangan permainan, antaranya balai polis , balai bomba, hospital, tenaga nasional dan sebagainya untuk dijadikan ilham kepada kanak-kanak.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resort, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata, sejak ditubuhkan setahun yang lalu, taman tema KidZania telah dikunjungi lebih 400,000 pengunjung.

"Dengan pencapaian yang menakjubkan ini, kami telah menanam visi untuk menjadi peneraju yang memberi pendidikan dan hiburan untuk seisi keluarga yang terbaik di Malaysia.

"Penghargaan kami kepada rakan-rakan industri yang menjadikan KidZania sebagai destinasi terhebat untuk kanak-kanak.

"Di sini kanak-kanak bukan saja dapat menikmati aktiviti kehidupan semula jadi malah menjalani kerjaya yang mereka impikan serta mengalami pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan," katanya yang memegang jawatan selaku Gabenor KidZania Malaysia pada majlis sambutan ulang tahun Taman Tema KidZania yang pertama baru-baru ini berlokasi di The Curve NX di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sambutan ulang tahun pertama ini juga turut memberi peluang kepada warga Malaysia mengunjungi KidZania dengan promosi istimewa iaitu kemasukan percuma untuk 100 pengunjung kanak-kanak.

Pada hari istimewa KidZania itu pengunjung disambut dengan tarian oleh pasukan tarian KidZania, lima karakter KidZania iaitu Urbano, Bache, Vita, Chika dan Beebop dan White Percussion Unit yang bersemangat dan menghiburkan.

Setiap kanak-kanak yang mengunjungi KidZania dan memilih kerjaya pilihan mereka, akan diberikan duit (gaji) untuk setiap tugasan yang mereka lakukan.

Di samping itu, mereka akan menggunakan duit tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan atau kemudahan di pusat bandar di KidZania ini.

Sementara itu seorang pengunjung, Zahasaiza M. Rozali, berkata, adanya KidZania ini sedikit sebanyak memudahkan kefahaman kanak-kanak terdapat kerjaya yang mereka impikan selain dapat mengalami sendiri situasi pekerjaan pilihan mereka kelak.

"Ini merupakan kali kedua saya membawa anak murid saya ke taman tema ini dan kefahaman mereka berbeza berbanding sebelum ini yang hanya mengenali pekerjaan atau kerjaya melalui gambar sahaja.

Seorang kontraktor, Nizal Book, 37, berkata, anaknya yang berusia enam tahun meminati kerjaya seorang doktor dan menunjukkan minat mendalam sehingga memintanya membelikan permainan peralatan doktor.

"Semasa menjalani proses kerjaya seorang doktor di KidZania, dia juga menunjukkan kemahiran penggunaan alatan dan tahu fungsi sesebuah peralatan tersebut," terangnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.