saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 22/03/2013

Koko untuk tenaga, minda

Salim Salleh bersama minuman Koko Minda Plus dan CO Collegen Plus keluaran Koko Minda Food Industries (M).

MINUMAN seimbang campuran Koko Minda Plus dan CO Collegen Plus keluaran Koko Minda Food Industries (M) Sdn. Bhd. semakin mendapat sambutan disebabkan keberkesanannya membantu meningkatkan tenaga dan kecerdasan minda selain mengurangkan pelbagai penyakit kronik.

Minuman berasaskan koko dengan campuran herba seperti ginkgo biloba dan pegaga juga mengandungi campuran makanan Sunnah seperti kurma, buah tin, madu dan kismis itu telah terbukti berkesan melalui respon pengguna yang telah mengamalkannya.

Pengarah Urusan Koko Minda Food Industries (M) Sdn. Bhd, Salim Salleh berkata, minuman enak mengandungi protein, mineral, vitamin dan kalsium yang boleh diambil pada bila-bila masa itu sesuai untuk seisi keluarga dari peringkat kanak-kanak sehingga warga tua.

Menurutnya, dengan mengamalkan pengambilan minuman ini setiap hari, ia mampu membantu memberi faedah terhadap perkembangan minda pelajar serta meningkatkan mutu kesihatan bagi golongan dewasa.

"Pengambilan minuman ini secara berterusan digalakkan kerana ia memberi kesan baik membantu perkembangan minda dengan khasiat gingko biloba dan pegaga bagi melahirkan pelajar bijak dalam bidang akademik," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai produk minuman tersebut jelasnya, selain faedah terhadap perkembangan minda, minuman tersebut juga membantu meningkatkan kolegen dalam badan.

Mulai umur 25 tahun pula, kandungan kolegen dalam badan kita berkurangan sebanyak 1.5 peratus yang menjadikan kulit seseorang itu kusam serta berkedut di muka dan seluruh badan terutamanya wanita.

Oleh yang demikian, setiap individu perlu menambah sendiri kandungan kolegen berkenaan melalui pengambilan pemakanan yang mengandungi kolegen seperti Koko Minda.

Selain itu tanpa nilai tambah melalui pemakanan, vitamin dan produk kesihatan ini akan menjadikan otak, kepala dan buah pinggang manusia mengecil seterusnya memberi implikasi terhadap kesihatan.

"Pengambilan minuman ini sebagai tambahan kepada pemakanan berkhasiat secara harian akan membantu mengurangkan masalah tersebut seterusnya meningkatkan lagi tahap kesihatan terutamanya bagi warga tua," ujar Salim.

Berbicara mengenai produk Koko Minda, jelas Salim, produk yang mula diusahakannya sejak 2009 itu telah memperoleh jaminan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diperakui (Amalan Pengilangan Islamik (IMP).

Antara penyakit kronik dihidapi pengguna yang berjaya dikurangkan melalui pengambilan produk minuman ini termasuklah kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang, sakit saraf, batu karang dan beberapa penyakit lain.

Minuman Koko Minda Plus dijual dengan harga RM20.90 (Semenanjung) dan RM27.90 (Sabah dan Sarawak) sekotak manakala CO Collegen Plus pula dijual RM39.60 (Semenanjung) dan RM46 (Sabah dan Sarawak) sekotak mengandungi 15 peket kecil.

Maklumat lanjut mengenai produk dan syarikat ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 06-263 3114 atau 012-288 0151 atau terus ke pusat edarannya di Lot 29 & 30, Jalan EP 9, Melaka Halal Hub, Serkam, Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.