saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 23/03/2013

Apabila guru jadi chef

SITI Nor Effadila sempat menyediakan masakan minum petang semasa sesi pengambaran dilakukan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Kehidupan asrama di universiti memerlukan seseorang bersifat lebih kreatif jika ingin memasak. Itu sebabnya antara entri awal di blog, saya menunjukkan beberapa resipi masakan menggunakan periuk nasi elektrik seperti nasi goreng, tom yam, mi goreng dan makanan berkuah. Makanan yang perlu dimasak menggunakan kuali atau oven dan sebagainya tidak saya masukkan kecuali cuti semester. Itu pun jika saya balik ke rumah keluarga di Kuala Lumpur.

Jadi, saya lebih menumpukan kepada masakan menu utama seperti nasi, mi dan akhirnya lahirlah blog ini untuk berkongsi menu-menu masakan yang kami buat

di asrama.

Terapi musim peperiksaan

Setiap pelajar pasti akan merasai tekanan tiap kali musim peperiksaan. Jadi, aktiviti memasak ini sering saya gunakan sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan dan stres. Seronok bila dapat memasak beramai-ramai dengan kawan dan menikmati juadah bersama-sama. Selain dapat mengisi perut, ia juga dapat mengeratkan silaturahim dan berkongsi resipi di antara kami. Cara itu dapat mengasah skil dan bakat dalam bidang masakan dengan lebih baik.

Blog sebahagian pembelajaran

Sebagai seorang guru, saya berpendapat pengajaran berteraskan buku teks semata-mata amat membosankan. Lebih-lebih lagi pembelajaran yang melibatkan bahasa terutama bahasa Inggeris. Maka, saya jadikan entri-entri dalam blog sebagai sebahagian alat pembelajaran dengan menggunakan bahasa Inggeris. Mereka (pelajar) jadi teruja apabila saya cerita tentang makanan dan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Justeru, perkataan bahasa Inggeris dalam cara-cara membuat serta bahan-bahan masakan menambahkan lagi pengetahuan bahasa kepada para pelajar saya.

Restoran online

Mungkin bunyi agak pelik, tetapi sebenarnya ramai yang telah buat dengan kebanyakannya berasaskan kek, biskut dan kuih-muih. Namun dalam menu utama seperti berasaskan nasi dan sebagainya agak kurang, jadi saya bersama rakan mungkin akan membuat perniagaan ini pada masa hadapan. Mereka yang berminat boleh memesan makanan melalui dalam talian dan kami akan menghantar ke rumah atau tempat kerja mereka sama ada secara perseorangan mahupun katering.

Bakat semula jadi

Saya tidak pernah menghadiri kelas masakan mahupun belajar secara formal. Mungkin bakat ini datang daripada ibu saya yang berniaga makanan sejak 14 tahun lalu. Selain itu, ahli keluarga lain juga terlibat dalam perniagaan masakan sejak 40 tahun lalu. Semua itu ditambah pula dengan minat saya menonton rancangan masakan dari dalam dan luar negara seperti rancangan kendalian Anna Olson dan Nigella Lawson. Jika rancangan masakan tempatan pula, saya meminati rancangan 5 Rencah 5 Rasa yang dihoskan chef Sherson Lian. Dia seorang yang sangat berbakat dan apabila menonton rancangannya membuatkan sesiapa sahaja akan cuba untuk memasak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.