saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 20/04/2013

Vlogger YouTube menempa nama

Nirman Kamal Juhanis (kiri) dan Ahmad Mudhakkir Zainal Ali berbincang tentang video terbaharu mereka.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu apa bezanya blogger dan vlogger. Blogger merujuk kepada individu yang menghasilkan blog, manakala vlogger pula menghasilkan bahan dalam bentuk video melalui laman YouTube.

Dalam dunia vlogger, mereka menghasilkan video-video yang kreatif bukan sekadar untuk hiburan semata-mata. Malah aplikasi YouTube turut dijadikan medium untuk mempamerkan kreativiti, medan meluahkan perasaan dan bakat yang dimiliki sama ada dalam bidang muzik, nyanyian, hobi, masakan dan lain-lain. Tidak kira apa sahaja aksi, semuanya boleh dimuat naik di laman YouTube.

Kreativiti dan idea menarik menjadi penggerak utama untuk sesebuah video yang dihasilkan tampak meriah dan berkualiti. Bahkan, sudah menjadi tradisi masa kini, ramai pihak menggunakan YouTube untuk menyampaikan mesej tertentu atau berkongsi cerita.

Jika dahulu YouTube sering digunakan untuk menonton drama, filem, video muzik dan sebagainya, kini tidak lagi. Medium penggunaannya diperluaskan dengan kewujudan video-video individu yang mahu berkongsi cerita, pengalaman, tip, motivasi dan banyak lagi.

YouTube sering dikaitkan dengan golongan remaja, lebih-lebih lagi mereka merupakan golongan terbanyak yang menghasilkan video-video menarik dan segar. Semuanya untuk kepuasan diri dan minat.

Seiring dengan peredaran teknologi semasa, YouTube kini dirancakkan lagi dengan kehadiran vlogger-vlogger yang kreatif dan mempunyai tema tersendiri untuk menghasilkan sesebuah video yang akan mendapat sambutan meriah daripada pengguna YouTube.

Ruangan Fokus kali ini menampilkan beberapa vlogger YouTube yang telah menempa nama dan berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri.

Mari kita dekati mereka dengan mengetahui lebih lanjut penglibatan mereka dalam menghasilkan video-video yang menarik. - NORLIDA/LAILISUHANA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.