saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 26/05/2013

Rasa 5 bintang, harga tepi jalan

TORTILLA DAGING

JANGAN terkejut melihat warna hitam-melegam pada roti burger yang dijual di gerai Bob Republic Burger Bakar dan Planet Grill. Ia bukanlah roti berkulat, mahupun pewarna tiruan hitam yang tertumpah di dalam doh roti, sebaliknya ia merupakan roti bamboo charcoal buatan sendiri yang resipinya amat terkenal di Jepun.

Usah terpedaya dengan warnanya yang hitam seperti batu kerana tekstur rotinya begitu lembut dan gebu malah mempunyai rasa dan aroma herba yang melengkapkan keenakan daging bakar yang dikepitnya.

Selain roti bamboo charcoal, roti buatan sendiri iaitu roti herba yang beraroma foccacia turut berada di dalam pilihan roti gerai tersebut yang menyuntik kelainan berbanding gerai burger bakar lain.

Dagingnya yang semestinya dibuat sendiri pula 97 peratus merupakan daging cincang dan selebihnya adalah rempah-ratus yang dirahsiakan malah ia tidak menggunakan tepung untuk mengikat atau menggebukan daging tersebut seperti kebanyakan gerai burger bakar lain.

Lagi jangan terkejut mengetahui harga hidangan Killer Rib iaitu tulang rusuk lembu barbeku yang dipesan hanya RM18 sahaja sedangkan jika ia dinikmati di restoran-restoran, harga hidangan tersebut mampu mencecah sehingga RM100!

Bukan calang-calang cara menyediakannya yang setaraf dengan resipi di hotel dan restoran terkemuka, daging import bahagian rusuk itu yang diperap dengan rempah rahsia terlebih dahulu lalu disalai selama lima hingga lapan jam kemudian dibakar menggunakan arang dan dibasahi dengan sos tradisional barbeku yang dibuat sendiri.

Itulah yang dijanjikan pemilik Bob Republic Burger Bakar, Mohd. Najib Halimi yang selesa dipanggil Bob iaitu rasa lima bintang, harga tepi jalan.

"Hidangan stik, masakan Amerika Selatan seperti tortilla dan burger bakar yang sering berada dalam menu restoran lima bintang dan hotel selalunya harganya amat mahal membuatkan tidak semua mampu mencubanya.

"Pengalaman saya dan abang saya yang lama bekerja di hotel dan restoran-restoran mewah membuatkan kami terpanggil menyediakan menu istimewa yang mampu dinikmati semua," ujar Bob yang mengusahakan gerai bersama abangnya, Shamsul Halimi yang lebih menumpukan jualan di cawangan sebelah Pantai Timur.

Antara menu istimewa di Bob Republic Burger Bakar ialah Dear Love iaitu burger yang diletakkan daging bakar serta daging salai lalu dilapiskan dengan keju cair, Love Bite, daging lembu yang disertai kerangupan empingan jagung Mexoci beserta cili dan keju dan Republic Tower yang setinggi tiga tingkat.

Bob Republic Burger Bakar turut menyediakan burger ayam iaitu Skyhigh dan kambing iaitu Lamb Mania serta Grilled Chicken Burger yang menggunakan bahagian peha ayam.

Hidangan lain yang wajib dicuba ialah Tortilla Wrap iaitu menu terkenal di Mexico serta sandwic stik berkeju dan bercili yang pastinya amat berbeza.

Selain di Subang Jaya, gerai Bob Republic Burger Bakar turut ada di Taman Desa, Jalan Kelang Lama, Alor Star, Pandan Perdana dan di Kota Bharu, Kelantan menggunakan nama Planet Grill.

Peluang rakan niaga turut dibuka kepada orang ramai dengan program bermula RM800 hingga RM20,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.