saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 14/06/2013

Nasi bubur berlauk

Latifah Abdullah bersama hidangan lauk-pauk yang boleh dipilih pelanggan untuk dimakan bersama bubur nasi.

MASAKAN cita rasa Thailand memang banyak di ketengahkan di negara ini. Antaranya hidangan tom yam yang telah sebati dengan jiwa masyarakat di sini serta menjadi pilihan ketika mahu bersantai pada waktu malam di warung atau restoran terpilih.

Selain tom yam, bubur nasi berlauk juga turut menjadi taruhan si pemilik restoran yang mahukan pelanggannya menikmati hidangan yang berlainan cita rasanya.

Memang banyak tempat yang menawarkan hidangan bubur nasi, namun ternyata bubur nasi berlauk dari Restoran Kak Mah Tom Yam yang terletak di 39, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, memang tiada tandingannya.

Dimasak menggunakan resipi tradisional Thailand, bubur nasi ini dihidangkan bersama lebih 30 jenis lauk mengikut cita rasa pelanggan.

Mengikut pemiliknya, Latifah Abdullah, 51, atau senang dengan panggilan Kak Mah, restoran ini merupakan peninggalan arwah suaminya, Kamarudin Baba yang telah membukanya di sekitar awal 1970-an.

"Masa itu saya datang ke Kuala Lumpur selepas bernikah dengan arwah pada tahun 1980-an, kemudian bersamanya mengusahakan restoran ini.

"Saya mempunyai pekerja tetap berjumlah 13 orang termasuk tukang masak memang didatangkan khas dari Thailand dan saya sendiri berasal dari Chiangrai, Thailand," katanya yang mempunyai tujuh cahaya mata dan 12 orang cucu itu.

Kak Mah juga bertuah kerana restorannya terletak di kawasan strategik persimpangan antara Jalan Raja Abdullah dan Jalan Sultan Ismail berhadapan UniKL, menyebabkan restorannya tidak pernah sunyi daripada pelanggan.

Restoran berkenaan yang diubah suai daripada rumah peninggalan nenek arwah Kamarudin, mempunyai keluasan untuk memuatkan 200 pelanggan pada satu-satu masa.

Bercerita mengenai lauk-pauk yang boleh dipilih pelanggan untuk dimakan bersama buburnya, antaranya ialah sayur campur, sayur bergoreng, sotong kering sambal, udang kering sambal, ikan masin, telur masin, ikan bilis kering dan sebagainya.

"Pelanggan boleh pilih apa jenis lauk yang mereka kehendaki dengan harga yang amat berpatutan serendah RM3 untuk set bubur.

"Dalam pada itu sekiranya pelanggan tidak mahu hidangan nasi bubur, restoran ini juga menyediakan hidangan lain yang boleh dipesan iaitu hidangan tom yam, ikan siakap tiga rasa atau stim, sayur kailan dan sebagainya ," katanya.

Kak Mah juga memberitahu, minuman yang menjadi pilihan pelanggan di restorannya ialah lai chee kang dan air kelapa muda istimewa.

Apa yang menjadi keutamaan menurut Kak Mah, dapur di restorannya yang mengamalkan konsep dapur terbuka, amat menitikberatkan kebersihan dan mereka akan membersihkannya setiap hari sebelum restoran ditutup.

Tetapi yang paling efisien di restoran ini ialah cara para pekerja memberikan perkhidmatan. Setiap hidangan yang diminta akan dihantar segera sebaik pesanan dilakukan - tidak sampai seminit, air yang diminta pelanggan pasti akan tiba diikuti menu-menu lain.

Malah Kak Mah memberitahu, ramai dalam kalangan pelanggannya terdiri daripada orang luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura dan sebagainya.

"Kak Mah mendengar cerita mereka mengetahui mengenai restoran ini daripada rakan-rakan yang pernah datang ke sini dan kemudian memasukkan gambar dan cerita mengenai restoran ini ke dalam internet.

"Apabila rakan-rakan mereka yang berada di sini bertanyakan mengenai tempat makan yang sedap, mereka akan bercerita mengenai restoran ini," katanya.

Kepada mereka yang mahu mencuba bubur nasi berlauk istimewa ini, boleh mengunjungi restoran ini atau hubungi talian 03-26980736 untuk membuat tempahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.