saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/01/2014

Yadah ceriakan 48 'Butterfly'

MENJELANG Tahun Baru Cina yang akan tiba pada hujung bulan ini, seramai 48 gadis blogger yang digelar ‘Butterfly’ berkumpul bagi membuat sambutan awal, di samping menjalankan program kecantikan yang dinamakan Yadah, baru-baru ini.

Acara yang berlangsung di Little Wonton, Taman Tun Dr. Ismail itu dirancang bertujuan untuk berkongsi azam baharu sesama blogger serta bergembira dengan acara sampingan yang menghiburkan.

Pengasas projek Butterfly yang juga penganjur bagi acara berkenaan, Tammy Lim berkata, peserta yang hadir pada hari berkenaan terdiri daripada blogger terpilih dan berkonsepkan eksklusif.

“Acara ini dianjurkan oleh komuniti yang banyak ahli, jadi kami perlu membuat pemilihan berdasarkan pertandingan menulis blog paling menarik mengikut tema yang telah ditetapkan.

“Bagi acara Yadah pula, blogger dipilih berdasarkan pandangan dan juga pembaharuan yang mereka ingin ketengahkan pada tahun baharu ini. Jadi, yang ada bersama kita pada hari ini adalah mereka yang telah menepati kriteria yang telah ditetapkan," katanya kepada .com.

Program berkenaan tambah meriah apabila kesemua peserta menyertai acara sampingan iaitu perbandingan produk kecantikan. Hasil daripada acara berkenaan sudah tentu berpihak kepada produk berjenama Yadah iaitu produk kecantikan berasaskan bahan organik dari Korea.

Sebelum majlis berakhir, satu lagi acara yang sangat menarik iaitu makan mee sup paling pantas dijalankan. Acara berkenaan tambah mencabar apabila satu lagi syarat dikenakan iaitu pemenang akan dipilih berdasarkan masa paling pantas dan pelembap bibir Yadah yang masih ada di bibir peserta.

“Secara keseluruhannya, program ini amat menyeronokkan dan merapatkan hubungan kami semua. Tambahan pula kami berpeluang bereksperimen dengan produk baharu iaitu Yadah. Ia merupakan acara ilmu kerana kami dapat berkongsi pengalaman dan pendapat," katanya.

Beliau menambah, pihak pengurusan projek Butterfly berharap dan merancang pelbagai acara menarik lagi dalam masa terdekat dengan kerjasama jenama produk kecantikan lain.

Pada penghujung acara, kesemua peserta membawa pulang cenderahati produk Yadah, baucer daripada Sasa Malaysia dan kad ucapan tahun baharu. - AZRIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.