saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 29/03/2014

Muktamad 8 penjelajah ke Greenland

PEMILIHAN anak kelahiran negeri Kedah, Muhd. Hafizuddin Abdul Mutalib, 25, sebagai salah seorang penjelajah utama Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 menjadikan jumlah keseluruhan penjelajah utama adalah sebanyak lapan orang.

Muhd. Hafizuddin yang sebelum ini merupakan anggota kru sokongan diserap masuk ke dalam pasukan penjelajah utama berikutan keputusan kerajaan negeri Kedah melalui Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bersetuju memberikan tajaan kepada seorang belia yang layak dari negeri tersebut untuk menyertai ekspedisi berkenaan.

Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin) berkata, sebelum ini, pihaknya memilih tujuh penjelajah utama bagi menjayakan ekspedisi merentasi pulau ais terbesar di dunia itu.

Jumlah itu katanya berdasarkan penajaan yang diterima termasuk daripada Felda sebagai penaja utama ekspedisi tersebut.

Namun, katanya, apabila kerajaan negeri Kedah memberikan keputusan positif iaitu bersetuju untuk menaja seorang anak kelahiran negeri itu bagi menjayakan ekspedisi ekstrem tersebut, maka KE7B selaku pihak penganjur bersetuju untuk menambah seorang lagi penjelajah utama.

``Muhd. Hafizuddin dipilih daripada tiga anak Kedah yang disenarai pendek berikutan kegigihannya menjalani latihan yang berterusan sejak tahun lalu.

"Sebelum ini, beliau merupakan kru sokongan. Selain mempunyai kekuatan mental dan fizikal, saya dapati beliau juga memiliki semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi. Dari aspek keserasian juga, Muhd Hafizuddin telah menunjukkan sikap yang positif dan disenangi anggota penjelajah lain," katanya kepada .com pada majlis penutup Kursus Pengurusan Tali dan Penyelamatan Aras Tinggi di Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor baru-baru ini.

Selain Muhd, Hafizuddin, tujuh penjelajah utama yang lain adalah Yanizam Mohamad Supiah, 29; Abdul Rahman Abu Hassan, 31; Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid, 25; Mohd. Shaiful Hisyam Abd. Aziz, 25; Mohd. Akasyah Jamaludin, 25; Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34, dan Muhammad Musaddiq Samsudin, 25.

Kesemua mereka telah menunjukkan kecergasan yang tinggi dalam setiap latihan yang dikendalikan oleh dua jurulatih, Zainudin Lot dan Muhamad Illaham Ishak sejak sesi pemilihan penjelajah diadakan pada 24 Ogos 2013 di Stadium UiTM, Shah Alam. Dalam pemilihan itu, sebanyak 117 anak muda dari seluruh negara mencuba nasib.

Daripada sesi pemilihan itu, sebanyak 30 penjelajah dipilih bagi mengikuti latihan dan beberapa nama digugurkan berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan sehinggalah pihak penganjur memperoleh jumlah penjelajah utama yang ada sekarang.

Antara latihan yang diadakan adalah di Gunung Nuang, Selangor; Gunung Brinchang , Pahang; Trans Slim melibatkan pendakian empat puncak (Liang Timur, Liang Barat, Tumang Batak dan Chondong Gelinting) di Perak, latihan tarik tayar di Genting Sempah, Pahang, mendaki Gunung Kinabalu, Sabah dan latihan di kawasan bersalji di New Zealand.

Para penjelajah akan terbang ke Iceland pada 18 April ini bagi membuat persiapan peralatan dan pada 25 April, ekspedisi sebenar akan bermula. Misi sulung negara merentasi Greenland sejauh 550 kilometer ini akan berlangsung selama 35 hari bermula di Ammassalik dan berakhir di Sondre Stromfjord.

Dalam ekspedisi itu, setiap penjelajah akan berdepan dengan cuaca sejuk sehingga negatif 46 darjah selsius, selain perlu menarik sendiri barangan dan peralatan seberat kira-kira 75 kilogram dengan menggunakan kereta penarik (sledge).

Dalam pada itu, Qobin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz kerana menyokong usaha ini dan memberi peluang kepada anak negeri Kedah untuk turut sama mengharumkan nama negara.

Mengulas mengenai kursus yang dikendalikan oleh jurulatih bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat KKB, katanya ia bertujuan mempersiapkan diri para penjelajah dan kru sokongan dengan teknik mengendali tali dan alat keselamatan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan semasa ekspedisi itu.

"Pihak KE7B mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Bomba dan Penyelamat KKB kerana menaja latihan yang penting ini, selain menyediakan penginapan percuma kepada penjelajah selama tiga hari pada 17 hingga 19 Mac lalu," ujarnya. - Mohd Azraie Md Yusof

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.