saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 13/05/2014

Melihat yang tidak nampak

Pameran lukisan abstrak interaktif Fendy Zakri

Memang ada kelainan, apabila teknologi dan seni bergabung, kerana bukan sekadar menghayati lukisan di depan mata malah berpeluang 'meneroka' terus ke dalam gambar.

Semuanya menerusi aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar untuk melihat apa yang yang tersirat di sebalik lukisan yang dilihat.

Apa yang pasti, keterujaan berganda apabila melihat 'lukisan tersirat' yang sebenarnya memberikan lebih daripada sekadar imej yang dilihat dengan mata kasar.

Inilah karya lukisan seni abstrak interaktif Fendy Zakri, 32, yang kini dipamerkan di galeri Richard Koh Fine Art, di Kuala Lumpur.

Sebanyak 13 karya Fendy dipertontonkan kepada umum mulai 6 Mei lalu hingga 15 Mei ini.

Bekas jurutera yang pernah berkhidmat di Bahrain ini mengakui, inilah hasil lukisan abstrak yang memberi maksud yang luas tentang kewujudan alam, makhluk dan ketuhanan.

Falsafah yang disampaikan jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini, menterjemahkan apa yang yang wujud di sebalik kewujudan alam seperti gunung ganang dan Penciptanya dalam karya seni abstrak.

“Melukis dan lukisan adalah minat saya sejak dari zaman kanak-kanak. Disebabkan minat juga saya berhenti daripada kerjaya sebagai jurutera pada tahun 2008 dan terus fokus kepada seni lukisan," kata Fendy yang ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, penglibatan Fendy dalam dunia barunya ini menjadi lebih berkeyakinan apabila dipertemukan dengan mentornya yang juga pelukis terkenal, Yusuf Ghani.

“Saya tidak pergi ke mana-mana kelas, semuanya belajar sendiri dan nasihat daripada mentor menjadi panduan. Sebenarnya dalam dunia lukisan ini artis muda jarang memilih lukisan abstrak, ia hanya pilihan pelukis yang sudah jauh pengalaman.

“Namun bagi saya, seni abstrak memudahkan saya menyampaikan idea dan konsep yang mahu disampaikan kepada orang ramai.

“Setiap garisan pada lukisan ini memberikan maksud yang tersendiri, ia umpama satu jalan penceritaan yang berdasarkan sebab dan akibat yang telah dirancang dengan baik untuk menghasilkan satu kisah yang hebat," jelas penerima Anugerah Insentif Merdeka 2012 ini.

Proses intelek

Fendy mengambil masa kira-kira setahun untuk memikir dan menghasilkan konsep karya bagi pameran solo pertamanya bertajuk Seeing the Unseen (Melihat yang Tidak Nampak) itu.

Mengagumi Leonardo Da Vinci, Fendy tidak menafikan, inspirasi untuk menghasilkan Seeing the Unseen adalah olahan daripada karya pelukis legenda itu sendiri.

“Seeing the Unseen, lihat apa yang kita tidak nampak seperti contoh kita rasa angin, tapi tidak nampak angin, kita tahu kewujudan Allah namun tidak dapat melihat-Nya, inilah yang saya terjemahkan menerusi karya saya," jelasnya.

Kata pemuda yang juga mengalami masalah dyslexia ini, dia lebih dominan menggunakan warna gelap dalam Seeing the Unseen kerana warna tersebut menghasilkan satu medium yang jelas dan yang lebih penting warna tersebut kekal tidak lapuk dek zaman.

“Ini merupakan pameran solo saya yang pertama. Konsep, idea, ruang, komposisi, tekstur dan warna adalah antara elemen yang saya beri penekanan dalam menghasilkan karya ini. Walau ada orang melihat ia sekadar lukisan biasa, bagi saya ia adalah satu karya yang tiada nilainya.

“Kepuasan yang saya miliki daripada setiap hasil lukisan ini adalah umpama kepuasan seorang lelaki apabila berjaya mendapatkan wanita yang dicintai, begitulah saya ibaratkan nilainya pada setiap karya saya.

“Walaupun saya menjual lukisan ini dengan nilai tertentu, sebenarnya ia hanyalah simbolik semata-mata. Sebagaimana seorang bapa yang menyayangi anak perempuan dan dikahwinkan dengan seorang lelaki berserta nilai mas kahwin tertentu, begitulah juga konsep saya menyerahkan karya saya kepada orang lain," kata Fendy yang menghasilkan karyanya di studio lukisan di Shah Alam, Selangor.

Imej tersembunyi

Pameran Seeing the Unseen ini juga memperkenalkan Fendy sebagai pelukis pertama Malaysia yang membawakan konsep abstrak interaktif.

Kesemua lukisan yang dihasilkan menggunakan akrilik dan cat minyak. Peminat seni boleh mengambil gambar menerusi telefon pintar masing-masing dan memuat turun aplikasi penyuntingan foto seperti PicsArt untuk melihat imej yang tersirat dan pasti akan teruja dengan hasilnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.