saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 15/05/2014

Pencemaran udara dalaman

Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff menerangan mengenai kesan pecemaran udara dalam rumah kepada tubuh badan pada majlis pelancaran rangkaian Ambipur First Defense di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selalunya apabila negara dilanda jerebu berikutan cuaca panas dan kesan daripada pembakaran terbuka, ramai mula mencari topeng muka sebagai salah satu langkah mengurangkan debu, zarah dan partikel halus berbahaya memasuki rongga pernafasan.

Namun, tidak ramai pula yang berasa risau tentang pencemaran udara dalam sesuatu kawasan kecil seperti ruang pejabat, bilik tidur atau rumah.

Amat jarang sekali perkara ini diberi perhatian kerana kebanyakan daripada kita begitu yakin, udara dalaman lebih bersih daripada di luar.

Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, sebenarnya udara dalaman yang tercemar juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Katanya, sebanyak 30 hingga 40 peratus penduduk di negara ini mengalami alahan sinus berpunca daripada udara dalaman yang tidak bersih.

“Alahan terjadi akibat kekuatan reaksi sensitif pada sistem ketahanan badan. Bagi individu yang tidak tahu sama ada mereka mengalami alahan beberapa ujian boleh dilakukan. Selepas dipastikan, barulah dikenalpasti punca alahan.

“Biasanya alahan bawaan udara yang sering berlaku pada manusia ialah daripada habuk, hama, bulu binatang dan sebagainya.

“Terdapat juga alahan yang berpunca daripada pemakanan, pengambilan ubat yang tidak bersesuaian dan akibat sengatan serangga tertentu," kata Dr. Amir Hamzah yang ditemui di majlis pelancaran rangkaian wangian rumah, Ambipur First Defense di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara punca lain pencemaran udara dalaman ialah disebabkan asap rokok, karbon monoksida dari luar, gas memasak, karosen dan banyak lagi.

Atas dasar itu katanya, orang ramai perlu mengetahui tentang kawalan kualiti udara dalaman kerana semua jenis pencemaran udara dalaman yang dinyatakan tadi berpotensi menyebabkan alahan.

“Habuk dan hama contohnya terkumpul daripada partikel bulu manusia, fiber daripada fabrik, bulu binatang dan kutu yang ada pada bulu tersebut.

“Menerusi pengalaman saya, hampir 90 peratus alahan yang dialami pesakit adalah berpunca daripada hama. Hama memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sebab itu ia perlu diberi perhatian oleh ibu bapa supaya anak-anak tidak mengalami alahan yang berpunca daripada hama," tambahnya.

Menurut Dr. Amir Hamzah, para doktor akan memastikan tahap alahan dengan melakukan beberapa ujian seperti ujian gores kulit serta ujian darah igE dengan menggunakan bukti asas diagnostik.

Namun katanya, apa yang merunsingkan tentang alahan ialah apabila seseorang ahli keluarga mengalaminya, seluruh keluarga juga berpotensi menghidapinya.

Adakalanya juga sesuatu penyakit daripada alahan boleh menjadi punca terjadi penyakit lain yang juga mempunyai gejala sama seperti reaksi alahan.

“Para doktor akan memastikannya, sebagai contoh hidung berair, tersumbat atau gatal. Pemeriksaan perlu dilakukan agar alahan tidak menjadi lebih berbahaya.

“Sindrom alahan berbahaya ini dikenali dengan nama anaphylaxis. Jadi masyarakat perlu tahu bahawa alahan bukan sekadar hidung gatal berair malah turut berpotensi mengancam nyawa.

“Sistem ketahanan tubuh manusia mempunyai banyak sel yang akan memberi tindak balas kepada bakteria normal. Apabila sesuatu menjadi tidak betul, maka sistem tersebut akan secara semula jadi bertindak untuk melawan jangkitan.

“Namun, tidak semua masa sistem boleh bertindak dan apabila ini terjadi maka keadaan individu akan menjadi lebih serius seperti serangan asma," jelasnya.

Udara dalam rumah bersih

Sebagai ibu bapa bertanggungjawab, beliau menasihatkan agar memastikan kualiti udara dalaman adalah selamat untuk seluruh ahli keluarga.

Antara yang boleh dibuat ialah dengan memastikan cadar, sarung kusyen dibasuh menggunakan air panas pada suhu sekurang-kurangnya 60 darjah celsius seminggu sekali untuk mematikan hama.

“Disarankan juga agar menggunakan penyedut hampagas untuk membersihkan lantai rumah seminggu sekali dan jika mampu gunakan pendingin hawa dengan suhu bilik 24 darjah selsius untuk mengurangkan kelembapan dalaman.

“Selain itu ibu bapa juga boleh memberikan bayi susu ibu kerana kajian telah membuktikan pemberian susu ibu kepada bayi mengurangkan risiko ekzema sebanyak 50 peratus.

“Ibu bapa juga boleh menjadikan suplemen yang mengandungi probiotik dan prebiotik sebagai makanan tambahan untuk menguatkan sistem imunisasi. Adalah amat digalakkan untuk anda semua berhenti merokok," kata Dr. Amir Hamzah lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.