saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 16/08/2014

Kayuhan sukar menuju Kumul

ZAHARIZ Khuzaimah tidak menyangka akan menempuh laluan mendaki dari Dunhuang ke Liuyuan yang terletak di ketinggian 2,000 meter dari paras laut.

KALI ini, Nancy pula yang sakit dan terpaksa menerima suntikan di sebuah hospital. Mungkin kerana suhu yang panas.

Disebabkan itu, kami berehat selama tiga hari sebelum ke Kumul. Ini membuatkan kami berada di Dunhuang selama enam hari.

Kayuhan ke Kumul amat mencabar. Saya tersalah jangkaan. Destinasi berikutnya selepas Dunhuang adalah Liuyuan, sebuah pekan kecil terletak kira-kira 135 kilometer (km) dari Dunhuang.

Saya membayangkan jalan raya ke sana rata. Jadi, tidak perlulah kami berkhemah, sebaliknya terus berkayuh sejauh 135km ke Liuyuan.

Saya tersilap. Kami mula berkayuh sekitar pukul 8.00 pagi dari Dunhuang yang terletak 1,160 meter.

Saya tak tahu, rupa-rupanya kami perlu mendaki sehingga 2,000 meter ke Liuyuan. Ketika itu angin bertiup kencang dari arah bertentangan. Keadaan itu menyukarkan kami untuk bergerak ke hadapan.

Tiada apa-apa di antara pekan ini. Tiada tempat untuk berehat. Berkayuh di bawah terik mentari membuatkan badan kami berasa lemah.

Percaya atau tidak, ini kali pertama kami terpaksa meredah malam yang mana kami sampai di pekan tersebut sekitar pukul 1.00 pagi, keesokan harinya!

Oleh kerana kami tidak mempunyai cukup bekalan air untuk berkhemah, jadi kami terpaksa berkayuh ke pekan. Menjelang pukul 9.00 malam, hari semakin gelap dan saya tiada lagi tenaga untuk terus berkayuh.

Kami berehat selama satu jam di tengah-tengah gurun dalam gelap sebelum meneruskan kayuhan yang sukar ini.

Tiupan angin tidak berhenti dan kami tiada pilihan. Apabila kami sampai di pekan, selera nak makan tiada lagi kerana penat.

Saya hanya meneguk minuman sejuk dan kemudian tidur di sebuah guesthouse.

Oleh kerana terlalu letih, kami berehat sehari lagi di Liuyuan. Kayuhan berikutnya tidak berapa susah kerana laluan rata.

Namun, cabaran mengharung tiupan angin kencang dari utara tetap ada.

Memang panas berkayuh di gurun tetapi apabila angin bertiup, persekitaran menjadi sangat sejuk kerana ketika itu angin sejuk bertiup dari arah Artik merentasi Rusia.

Kesannya, suhu jatuh mendadak setiap kali angin bertiup. Ada satu ketika, bacaan suhu di meter pada basikal saya jatuh daripada 46 darjah celsius kepada 12 darjah celsius dalam masa kurang satu minit!

Kami berbasikal ke pekan Xingxingxia yang terletak kira-kira 90km barat laut Liuyuan. Akhirnya kami tiba di wilayah terakhir di China iaitu Xinjiang.

Oleh kerana terlalu penat, kami berehat sehari lagi. Pekan ini dihuni etnik Uighur dan Han. Bekalan air dan elektrik agak bermasalah. Ia sebuah pekan kecil dan terdapat banyak pemandu lori berhenti rehat. Tak banyak tempat yang boleh dilawati. Jadi, kami sekadar berehat sementara esok untuk meneruskan kayuhan.

Keesokannya, kayuhan mudah sejauh 150km. Dari altitud 1,800m di Xingxinxia, kami turun ke paras 860m dengan mudah untuk mendirikan khemah sebelum kayuhan sejauh 60km ke Kumul bermula esok.

Awal pagi, kami sudah meninggalkan tapak perkhemahan dan tiba di Kumul sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Di Xinjiang, penduduk daripada etnik Uighur lebih ramai daripada etnik Cina.

Mungkin terlalu awal untuk saya merumuskannya tetapi ketika ini, saya lihat etnik Uighur kurang mesra dan mereka juga kurang bercakap dengan orang asing. Ia berbeza dengan etnik Cina.

Saya teringat beberapa hari lalu, seorang penjual buah daripada etnik Cina menunjukkan isyarat berhenti kepada saya.

Rupa-rupanya dia mahu berbual dengan saya. Saya beli tembikai dan agak terharu kerana penjual tadi enggan menerima bayaran, sebaliknya tembikai itu diberikan percuma kepada saya dan Nancy. Nampak macam dia suka kepada kami. Heheheheee.

Memandangkan penduduk di sini tidak bertutur dalam bahasa Mandarin, maka saya fikir inilah masa paling sesuai untuk belajar asas bahasa Uighur. Nancy juga tak faham bahasa tersebut. Ia kedengaran seperti bahasa Turki dan buat masa sekarang, saya dapat menyebut beberapa perkataan mudah seperti hello (yah-semoh-sis), bye (hosh) dan thank you (rahmat).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.