saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/10/2014

Kelas masak untuk si kecil

Chef Izyan Hani Mohd. Izham (dua dari kiri) memberi bimbingan kepada para peserta

MELIHAT telatah kanak-kanak menghadiri kelas memasak memang menyeronokkan lantaran kesungguhan dan minat yang ditonjolkan semasa sesi dijalankan.

Lengkap mengenakan jaket chef mini dengan logo rasmi Mom &Kids Junior Master Class, nyata kanak-kanak tersebut nampak bergaya dengan persalinan tersebut.

Kesemua 18 orang kanak-kanak sekitar usia tiga hingga 12 tahun merupakan peserta kelas masakan Mom&Kids Junior Masterclass yang dikendalikan oleh Master Chef Malaysia Musim Ke-2, Izyan Hani Mohd. Izham.

Kelas yang berlangsung selama tiga jam itu turut mendapat kerjasama Bagus Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan penaja tempat dan bahan-bahan masakan di cawangan mereka di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kelihatan dari sudut tepi yang menempatkan beberapa meja bulat sebagai tempat untuk mereka memasak, dilihat beberapa kanak-kanak comel bersama penjaga masing-masing tidak sabar untuk memulakan sesi penuh cabaran tersebut.

Sesi memasak pertama yang diketuai oleh Izyan Hani dimulakan dengan resipi sihat iaitu crab sushi.

Langkah pertama, mereka perlu melihat dahulu demonstrasi masakan yang dilakukan Izyan sehingga selesai sebelum masing-masing diarah untuk memulakan sesi masakan tersebut sambil dibantu oleh ibu masing-masing.

Selesai menu pertama, dua lagi menu berkhasiat dan ringkas menyusul iaitu chicken surprise dan pencuci mulut, chocolate dream.

Menariknya, ada di antara kanak-kanak tersebut seolah sudah biasa di dapur melalui cara mereka 'bekerja' dan menyiapkan menu tanpa rasa kekok.

Tidak kurang juga yang masih memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada ibu masing-masing.

Setelah tiga jam dilalui dengan penuh mencabar, kesemua mereka berjaya menyiapkan menu tersebut.

Pada wajah masing-masing terpancar riak gembira dan puas hati kerana berjaya melalui sesi tersebut, walaupun ada antara mereka baru pertama kali menghadiri kelas masakan seperti itu.

Salah seorang 'chef cilik' tersebut, Afiqah Marsya Mohd. Syariff, 11, yang hadir bersama dua orang adiknya berusia 9 dan 5 tahun dengan ditemui ibu mereka, mengakui sangat teruja mengikuti kelas masakan tersebut.

“Ini kali ketiga saya menyertai kelas masakan untuk kanak-kanak. Ibu memang rajin membawa kami mengikuti kelas seumpama ini terutama di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Menu yang diajar oleh Chef Izyan sangat mudah dan ringkas untuk dipelajari. Selepas pulang ke rumah nanti saya akan cuba membuatnya bersama adik-adik sambil dibantu ibu

“Saya memang minat memasak, Biasanya di rumah saya akan membantu dan melihat ibu menyediakan makanan di dapur. Saya paling suka memasak kek," katanya yang datang dari Banting, Selangor.

Afiqah turut mengakui sebenarnya memasak tidak susah kerana apa yang paling penting adalah minat.

Sementara itu ibunya, Aishah Bukhari, 39, berkata, mendedahkan anak-anak dengan kerja-kerja memasak di dapur pada usia muda menjadikan mereka lebih berdikari.

“Ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak di dapur selagi mereka dipantau dengan baik. Lagipun, aktiviti ini memberi peluang kepada ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak -anak mereka.

“Saya tidak kisah untuk keluarkan belanja untuk yuran penyertaan mereka kerana apa yang penting ilmu dan pengalaman mereka yang boleh digunakan pada masa hadapan

“Ini merupakan kali ketiga saya melibatkan anak-anak dengan aktiviti seperti ini. Mereka juga nampak gembira dan teruja untuk belajar benda baru," katanya.

Kreativiti dan bakat

Bagi Izyan Hani, selaku chef yang mengajar kanak-kanak tersebut memasak mengaku sambutan yang diberikan sangat menggalakkan daripada peserta setiap kali ia dibuka.

“Dalam kelas saya mengajar tiga resipi mudah dan sihat ala ‘izzymeals’ yang sesuai untuk kanak-kanak sediakan sendiri dengan bantuan ibu bapa dan penjaga mereka

“Selain mengajar konsep kebersihan kepada kanak-kanak tersebut, ilmu keselamatan di dapur juga penting untuk pengetahuan mereka," katanya.

Tambah Izyan lagi, objektif utama kelas Mom &Kids Junior Master Class bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak tiga hingga 12 tahun meluahkan kreativiti dan bakat masing-masing dalam seni masakan.

“Memasak juga menggalakkan mereka menjadi berani untuk berinteraksi sesama sendiri dalam suasana yang lebih menyeronokkan

“Aktiviti ini juga merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak semasa mereka memasak bersama-sama di samping mengenali saya dengan lebih mesra

“Kelas ini juga dapat menambah serba sedikit pengetahuan buat ibu dan anak-anak mengenai tip keselamatan ketika di dapur termasuk perihal kebersihan makanan. Ini sangat penting agar mereka tahu bahaya jika berlari-lari di dapur atau bermain dengan benda-benda tajam tanpa pengetahuan ibu bapa," ujarnya

Sementara itu, Pembantu Pengurus Perniagaan Bagus Academy Sdn. Bhd, Hau Kok Leong berkata, ini merupakan kerjasama kali kedua antara pihaknya dengan Mom&Kids Junior Master Class.

“Idea tersebut tercetus selepas sebuah kelas masakan bertemakan hari raya kendalian Izyan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai

“Selain menyediakan produk-produk yang berkualiti dan bersesuaian dengan konsep masakan Izyan 'Izzymeal'. Bagus juga mempunyai pilihan peralatan dapur yang luas dan produk yang disahkan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.