saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/10/2014

Urutan jana pendapatan

Hasnah Lazim (depan dua dari kanan) bersama kumpulan wanita yang mengikuti kelas urutan di bawah kelolaannya.

JIKA dahulu, apabila kita membicarakan mengenai tukang urut wanita pasti terlintas di fikiran wajah-wajah warga emas yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan yang dilahirkan daripada generasi turun temurun perbidanan.

Jika itu yang tergambar pada bayangan anda, kini tidak lagi kerana tukang urut kini sudah diberi iktiraf baharu, merawat pesakit dengan kaedah urutan yang boleh dipelajari daripada orang-orang yang berkemahiran.

Hasil daripada perkembangan terbaharu ini kita dapat lihat tukang urut sekarang terdiri daripada wanita-wanita yang masih muda.

Biarpun masih muda, kepakaran mereka tidak kurang hebatnya dalam merawat pelanggan sekali gus menjana pendapatan.

Itu yang ingin dilihat oleh Hasnah Lazim, seorang tukang urut berkemahiran yang mempunyai pengalaman sejak 15 tahun lalu, mahukan urutan diletakkan di kelasnya tersendiri sebagai punca pendapatan terutamanya bagi wanita, suri rumah dan ibu-ibu tunggal.

“Saya mempunyai kebolehan mengurut kerana nenek saya merupakan seorang bidan. Ketika itu saya sudah bekerja sebagai konsultan hartanah.

“Apabila saya bekerja saya mengurut secara sambilan bagi mereka yang mahukan khidmat saya sehinggakan setiap bulan mendapat pulangan yang baik lebih daripada gaji yang saya terima. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bersara awal.

“Dari situ saya merasakan, bidang ini perlu diketengahkan untuk membantu golongan wanita khususnya ibu-ibu tunggal yang tiada pendapatan sendiri," jelas ibu tunggal yang berasal dari Johor ini.

Seterusnya dia menubuhkan sebuah pusat rawatan urutan di Sungai Besi yang dinamakan D’Hasz Wellness Centre.

Ekoran daripada itu Hasnah mengikuti pula kursus lanjutan urutan dalam kursus yang disediakan untuk ibu-ibu tunggal bagi membolehkannya menjadi tenaga pengajar kepada mereka yang mahukan ilmu dalam bidang perurutan dan perbidanan.

Kini dia mempunyai 15,000 pelajar dari seluruh negara. Pusat urutannya mendapat pengiktifan Sijil Kemahiran Malaysia (SKMM) Terapi Urutan Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkenaan.

“Bagi mereka yang belajar dengan saya boleh mendapatkan sijil bagi membolehkan mereka membuka salon atau pusat urutan. Dalam pada itu kelas urutan yang saya sediakan mengeluarkan sijil-sijil yang boleh digunakan sebagai tenaga pengajar dan kelayakan mengurut.

“Perkhidmatan mengurut di bawah kelolaan pusat rawatan saya kini bukan sahaja diperlukan oleh orang-orang perseorangan malah kami mendapat permintaan daripada Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Penjara, kolej-kolej komuniti dan banyak lagi," katanya yang mempunyai tiga orang cahaya mata.

Antara perkhidmatan urutan yang ditawarkan oleh Hasnah dan boleh dikongsi ialah urutan spa, urutan selepas bersalin dan semasa berpantang, urutan warga emas, urutan dalaman, solekan, kendalian spa dan sebagainya.

Dia juga berazam untuk menubuhkan klinik-klinik rawatan urutan Melayu.

Dalam pada itu Hasnah juga sedang mengorak langkah untuk membuka akedemi sendiri bagi menjadikan sesi latihan urutan yang disediakan bakal dilakukan di bawah satu bumbung.

Kini kepada sesiapa yang mahukan rawatan urutan di rumah, Hasnah juga boleh membekalkan tukang-tukang urut yang bertauliah yang akan ke rumah pelanggan agar perkhidmatan yang diberikan lebih selesa.

Bagi yang berminat untuk mnmpelajari cara urutan atau mendapatkan perkhidmatan ini boleh menghubungi Hasnah di facebook hasnahlazim atau [email protected] atau talian 012-2626037.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.