saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/10/2014

Siasat sebelum beli rumah

Sebelum pembeli memasuki perjanjian jual beli rumah, ada beberapa perkara penting yang perlu pembeli fikirkan. Kedudukan kewangan pembeli mestilah berunsurkan ukur baju di badan sendiri.

Bila rasa sudah mampu, kena pula tengok fizikal rumah yang ditawarkan. Keluasan, reka bentuk rumah dan keadaan persekitaran perlu diambilkira. Harga jualan rumah tersebut adakah berpatutan?

Perlu diingat, faktor utama yang perlu pembeli ambil berat ialah latar belakang pemaju projek perumahan tersebut.

Sebelum membeli rumah, pastikan perkara-perkara penting sudahpun difikirkan terlebih dahulu. Pemajuan Perumahan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Umumnya, Akta dan Peraturan ini dikuatkuasakan untuk memastikan projek perumahan dijalankan dengan teratur dan terancang. Juga sebagai menjana industri perumahan secara teratur.

Akta dan Peraturan tersebut turut mewajibkan pemaju perumahan bersikap adil serta menjaga kepentingan pembeli-pembeli rumah. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta dan Peraturan lesen pemaju perumahan yang sah serta permit iklan dan jualan jika pemaju membina dan menjual lebih daripada empat unit rumah.

Sebelum memasuki perjanjian jual beli (S&P), siasat latarbelakang pemaju, terutamanya adakah pemaju memiliki lesen, permit iklan dan permit jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.

Peraturan ini termaktub di bawah Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Malahan tuan tanah juga hendaklah menjadi satu pihak dalam kontrak jualan berdasarkan Peraturan 10 Peraturan berkenaan.

Siasat juga lokasi projek perumahan dan status tanah yang hendak dibina rumah itu. Pembayaran pendahuluan sepatutnya dibuat serentak apabila pembeli menandatangani S&P dan bukannya sebelum itu.

Bahagian pengawasan dan penguatkuasaan akan mengambil tindakan termasuk mendakwa pemaju perumahan berlesen yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta atau Peraturan.

Antara tindakan-tindakan pendakwaan yang telah diambil setakat ini adalah seperti pemaju projek perumahan berjaya mendapat lesen bagi membuat projek perumahan tetapi tidak ada permit iklan dan permit jualan, gagal melaksanakan tugas-tugas pemaju perumahan berlesen, gagal membuka dan menyelenggara Akaun Pemajuan Perumahan dan lain- lain isu yang berkaitan.

Ini menimbulkan persoalan sekiranya pemaju itu memang dari awal lagi tidak mempunyai lesen yang sah, adakah pemaju kebal dari sebarang hukuman kerana bahagian pengawasan dan penguatkuasaan hanya boleh mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan yang berlesen yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta atau Peraturan.

Persoalan ini boleh dibuat tuntutan di bawah peruntukan undang-undang yang lain pula. Jelas proses jual beli rumah akan ada banyak isu berbangkit jika projek perumahan ini tidak siap mengiku ttempoh yang dijanjikan atau terbengkalai. Maka perlunya pembeli mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memasuki perjanjian jual beli rumah.

Carian syarikat (company search) penting dibuat bagi memastikan syarikat pemaju benar-benar wujud dan sah di sisi undang-undang. Pembeli patut siasat dahulu sebelum memasuki perjanjian jual beli.

Bagaimana carian syarikat pemaju perumahan dibuat? Secara ringkasnya, ada cara mudah untuk memeriksa sama ada syarikat berdaftar atau tidak. Jika syarikat itu berdaftar, maka syarikat itu wujud di sisi undang-undang.

Pembeli boleh pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat carian. Pembeli juga boleh membuat carian di internet. Pembeli hanya perlu log masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Seterusnya daftar masuk dan ikuti sahaja arahan seterusnya yang akan dipaparkan.

Apabila tiba ke ikon “Search", masukkan nama syarikat yang anda cari dalam “By Name" (nyatakan nama syarikat) atau nombor pendaftaran syarikat dan akan keluar nama syarikat itu. Jika tiada maklumatnya bermakna ia tidak tersenarai dalam pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermaksud syarikat itu tidak didaftarkan maka ia tidak wujud dari sudut undang-undang. Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui banyak maklumat tentang status syarikat tersebut dari mula ia ditubuhkan sehinggalah sama ada ia didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak kerana ada syarikat tidak didaftarkan sebagai syarikat pemajuan hartanah tetapi syarikat itu menjalankan perniagaan hartanah.

Melalui carian syarikat juga dapat memberi gambaran awal kepada anda tentang sejauh mana kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah kerana anda boleh tahu siapa pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah, modal berbayar serta untung rugi syarikat tersebut.

Bagi maklumat mengenai pengalaman dan rekod pemaju tersebut dalam bidang hartanah pula (berapa banyak projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan, adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian, projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai) anda boleh menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jika didapati syarikat tersebut pernah ada projek rumah terbengkalai atau bermasalah, elak dari mengambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.

Hanya setelah anda yakin dengan kredibiliti syarikat tersebut bolehlah anda meneruskan hasrat membeli rumah dari syarikat pemaju tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju dan lakukan pula carian tanah di pejabat tanah. Dapatkan juga salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.

Memanglah agak sukar pada mulanya tetapi ini untuk memastikan anda tidak menanggung masalah di kemudian hari. Ini adalah kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli anda telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut.

Penjualan dan pembelian rumah ada banyak risikonya. Memetik kata-kata dari pelabur hartanah terkaya dunia Warren Buffett yang bermaksud risiko wujud apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan.

Oleh itu, jika anda ingin membeli rumah lalu memasuki perjanjian jual beli rumah yang sangat berisiko ini, perlulah membuat siasatan yang terperinci dan persediaan yang secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tersasar dari agenda yang dijanjikan. Risiko dapat dikurangkan jika anda tahu apa yang anda lakukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.