saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2014

Tidak anggap diri alim

Pasangan bahagia, Don Daniyal Don Biyajed atau Ustaz Don dan isteri, Husna Mohd. Zahry bersama permata hati mereka Don Mustofa.

PERWATAKANNYA yang cukup bersahaja disusuli dengan loghat utaranya yang tidak pernah lekang apabila berbicara, menjadikan individu ini selesa dalam kelompoknya tersendiri.

Cukup dikenali dengan jenama yang dibinanya sendiri, personaliti ini kelihatan gah dengan penampilan yang berkarisma tinggi.

Ustaz Don, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sememangnya cukup dikenali dalam setiap lapisan masyarakat daripada anak kecil hingga orang tua.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Don Daniyal Don Biyajed ini juga tersenarai sebagai salah seorang pendakwah muda popular yang mendapat tarikan umat Islam baik di televisyen mahupun di laman sosial YouTube.

Penyampaiannya bukan sahaja mudah difahami penonton, malah ramai yang menganggap cara dakwahnya lebih sesuai dengan jiwa golongan muda.

Tidak pernah menganggap dirinya seorang yang popular ataupun selebriti terkenal, Ustaz Don memberitahu, semua istilah tersebut tidak pernah ada dalam kamus hidupnya kerana itu bukan fokus utama apabila beliau melibatkan diri dalam dunia dakwah melalui media penyiaran.

Ini kerana katanya, apa yang dilakukan hari ini adalah semata-mata ingin membantu agama Allah di samping berkongsi ilmu yang dimiliki.

Memulakan bicara mengenai penglibatan awal dalam dunia penyiaran, ujar anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini, ia bermula pada tahun 2010 sebagai pengacara jemputan untuk program Suara Hati di TV AlHijrah.

Beliau kemudiannya ditawarkan pula mengacara program Muhasabah Diri dan disusuli dengan program Ihya’ Ramadan.

Perjalanan Ustaz Don sebagai pengacara semakin ketara apabila beliau diberi kepercayaan untuk mengacara program baharu yang bersiaran secara langsung pada tahun 2011 iaitu Assalamualaikum.

Mengulas lanjut mengenai kepercayaan yang diberikan oleh pihak penerbit, Ustaz Don menjelaskan itu semua adalah disebabkan setiap program yang diacarakan mendapat sambutan di luar dugaan.

“Alhamdulillah, kemuncaknya ialah program 30 Minit Ustaz Don, yang masih bersiaran hingga ke hari ini dan merupakan kelas fardu Ain dan tajwid setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9.30 hingga 10 malam," ujarnya lanjut.

Menolak lembut tanggapan bahawa program tersebutlah yang telah melonjak namanya, Ustaz Don menyatakan, ia mungkin berlaku secara kebetulan kerana ketika 30 Minit Ustaz Don mula bersiaran, liputan stesen TV AlHijrah telah dipancarkan secara lebih meluas berbanding pada awal kemunculannya yang agak terhad.

Apa pun, Ustaz Don tetap merendah diri dengan menyatakan bahawa dirinya adalah sama seperti insan-insan biasa yang lain.

Mendapat pendidikan awal seperti kanak-kanak lain, Ustaz Don bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Parit Buntar, Perak.

“Menariknya ketika zaman sekolah, dalam setiap peperiksaan utama saya mesti dapat 4A, daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) hinggalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya sambil tersenyum.

Ustaz Don seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulau Pinang sebelum ke Mesir selama tiga tahun untuk Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra.

Tidak pernah menganggap dirinya seorang manusia yang alim, lelaki berusia 30 tahun ini menganggap, hanya Rasulullah SAW sahaja individu yang layak menjadi teladan sebaik-baiknya.

“Jangan anggap saya orang alim. Sejujurnya saya ini bukanlah seorang yang alim kerana saya juga seperti orang lain, masih dalam proses belajar.

“Tidak dinafikan impak daripada program tersebut (30 Minit Ustaz Don) amat besar buat diri saya dan keluarga, namun saya masih merupakan orang yang sama, tidak pernah berubah," tambah beliau.

Mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Husna Mohd. Zahry, 27, pada 23 Ogos 2012 di Balik Pulau, Pulau Pinang, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Don Mustofa, lapan bulan.

Bercerita mengenai perkenalannya bersama Husna, Ustaz Don enggan mengulas lanjut malah beliau memberitahu ia merupakan satu kisah eksklusif dan cerita mengenai hal tersebut boleh dibaca melalui komiknya, Don Nation.

Projek terbaharu

Memberitahu tentang projek terbaharu yang dikendalinya kini, beliau menjelaskan, pada 8 November ini akan menganjurkan Seminar Mahligai Cinta di Dewan DECTAR Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Seminar sehari itu yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang adalah berkisar mengenai persediaan ke alam perkahwinan dan kekeluargaan.

Antara topik-topik yang bakal dibincangkan ialah pra perkahwinan, pengukuhan rumah tangga, dan persediaan menjadi ibu bapa.

“Seminar ini terbuka kepada orang ramai, tidak kiralah mereka masih bujang, sudah bertunang, pengantin baru, pasangan suami isteri, bakal ibu bapa, dan juga ibu bapa muda.

“Antara penceramah-penceramah yang mengambil bahagian ialah Ustaz Syed Mohd. Nor Hisyam, Ustazah Noor Laila Aniza, Ustaz Badlishah, Dr. Nik Salida Suhaila, Ustazah Isfadiah, dan saya sendiri.

“Jadi mereka yang berminat bolehlah layari laman sesawang seminarmahligaicinta.blogspot.com atau hubungi talian 03-89121636," katanya mengakhiri bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.