saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2014

Qarmasutra bilik studio

Qarmasutra , rumah kediaman merangkap ruang kerja.

RUMAH yang kelihatan moden ini sebenarnya adalah sebuah ruang kerja merangkap rumah penginapan bagi Januar Haikal Shamsudin, 26, dan rakan kongsinya, Ben Firdaus Azraai, 29, yang menamakan ruang studio milik mereka ini Qarmasutra Design Studio, terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Terletak di tingkat tiga, rumah yang merangkap SOHO (small office home office) ini mendapat sentuhan sedemikian rupa hasil daripada idea mereka berdua yang memang mempunyai kelulusan yang diiktiraf dalam bidang reka bentuk dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Malah kedua-duanya juga mempunyai kepakaran dalam bidang perancang perkahwinan dan sekali gus menjadi pereka bentuk dalaman dan mempunyai label jenama sendiri iaitu Furby & Sugar dan The Gentlemens.

Kawasan studio ini sebenarnya adalah satu ruang yang luas tetapi dibahagi-bahagikan kepada beberapa ruang.

Mengambil konsep berupa raw and modern, ruang luas yang dibeli dipisah-pisahkan oleh partition yang dibina.

Namun mengambil kira sebagai tempat tinggal, SOHO ini juga mempunyai sebuah bilik mesyuarat, lounge, kawasan resepsi, bilik tempat tidur, kawasan untuk tetamu berkunjung dan ruang bekerja.

Mengenakan warna-warna hitam bagi siling dan kain langsir, cat dinding menggunakan warna kelabu, Januar Haikal memberitahu, rumahnya pernah menjadi kulit muka bagi majalah-majalah hiasan dalaman.

“Bukan mudah sebenarnya menjadikan sentuhan sesuatu ruang itu nampak moden dan dalam kelasnya yang tersendiri melainkan semua idea yang dicipta berkongsepkan kepada keadaan semasa.

"Bagi kami berdua, konsep ini menjadi ilham utama sebagai tarikan kepada pelanggan yang datang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan kami sebagai pereka hiasan dalaman yang bertauliah.

“Jujurnya, kami berpuas hati dengan rekaan ruang kami kerana semuanya berkonsepkan moden, bukaan menggunakan kaca dan lampu candeliar yang kami letakkan ini merupakan satu sentuhan klasik direka oleh pereka bentuk lampu berkenaan," katanya yang boleh dihubungi menerusi instagram Qarmasutra atau facebook, Qarmasutradesigndandevent.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.