saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2014

Jamu mata, jamu selera

Kepingan kaca berwarna-warni menghiasi tingkap dan menampilkan ciri tradisional.

HIDANGAN dari negara-negara di Asia Barat bukan lagi asing di kalangan masyarakat Malaysia. Semakin banyak restoran yang menghidangkan hidangan tersebut di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain di seluruh negara. Walaupun amat berbeza dengan makanan tradisional Malaysia, ramai yang menyukainya.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan terutamanya pada waktu makan tengah hari, malam atau pada cuti hujung minggu. Restoran makanan Arab menjadi pilihan mereka yang mahu membawa keluarga makan bersama, mengadakan majlis-majlis tertentu seperti perpisahan, sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Antara yang semakin mencipta nama ialah Restoran AlRawsha yang kini membuka cawangan baharunya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, selepas bermula dengan restoran pertama di Kampung Pandan dan ICT, Shah Alam.

Menurut pemiliknya, Toufic El-Ozeir yang berasal dari Lebanon, seperti dua restoran terdahulu, AlRawsha Seksyen 7 ini turut memilih konsep seni bina dan hiasan Maghribi.

Dilihat dari jauh, restoran ini nampak seperti sebuah istana atau kubu Arab yang indah dan unik. Perhiasan di bahagian dalam lebih menarik dan memukau pelanggan yang melangkah masuk untuk menikmati makanan.

Dinding yang dicat warna hijau pucuk pisang dua tona memberikan kesan sejuk pada pandangan mata. Ditambah dengan kepingan kaca berwarna-warni menghiasi tingkap dan menampilkan ciri tradisional.

Konsep hiasan dilakukan sendiri oleh Toufic dan isterinya, Sharifah Zainab Syed Ahmad Hafidh yang merupakan warga tempatan.

“Sebenarnya kami memilih Shah Alam lebih awal sebelum restoran kami di Kampung Pandan, namun atas masalah teknikal restoran di Kampung Pandan beroperasi dahulu.

“Kami masih mengekalkan hidangan Arab kami yang disukai ramai. Antaranya hummus, moutabel dan lebneh bagi pembuka selera. Terdapat banyak lagi pilihan lain seperti roti Rawsha, fatoush, tabouleh, makanan yang dipanggang, pelbagai jenis salad dan sebagainya.

“Makanan Arab tidak pedas tetapi bagi menyesuaikan dengan selera orang Malaysia, kami tambah sedikit cili bagi menambah rasa pedas. Orang Arab banyak makan sayur mentah dan tomato kerana mereka sukakan sayur yang segar.

“Apa yang pasti, kami sentiasa mementingkan kualiti sebab itu kami masih bertahan sehingga ke hari ini.

“Dengan kata lain terdapat lebih 250 pilihan menu termasuk hidangan pencuci mulut, minuman dan manisan Arab.

"Bagaimanapun hidangan yang paling popular ialah nasi mandy ayam dan nasi mandy kambing. Masyarakat Melayu di Malaysia memang gemarkan nasi dan nasi mandy kami memang disukai ramai.

“Nasi mandy kami dibuat daripada beras mandy yang bermutu tinggi dan berukuran panjang. Beras ini kami import daripada Asia Barat. Ayam mandy kami pula dimasak menggunakan kaedah memanggang di dalam tanah yang menjadikan daging dan tulang ayam menjadi sangat lembut.

“Di sini pelanggan tidak putus-putus datang. Sebanyak 95 peratus pelanggan kami terdiri daripada orang Melayu, lima peratus Cina dan selebihnya orang Arab.

"Pelanggan lebih ramai pada waktu makan tengah hari lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Sudah menjadi trend orang Malaysia makan makanan Arab. Dahulu ramai orang Melayu tidak makan daging kambing namun kini semakin ramai yang menyukainya," kata Toufic sebagai pengarah restoran AlRawsha.

Menggunakan khidmat empat orang tukang masak dari Yaman, Mesir dan Syria, Toufic mempunyai ramai pekerja daripada orang Lebanon sendiri serta orang tempatan.

Beliau menambah, terdapat banyak pilihan makanan seperti Arab, Yaman, Lebanon atau gabungan Turki, Greek dan Inggeris.

Restoran ini yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang pada satu masa turut menerima tempahan mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan. Bagi majlis perkahwinan, restoran ini boleh memuatkan sehingga 1,000 orang tetamu.

Dibuka daripada pukul 11 pagi hingga dua pagi, AlRawsha turut menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang. - MERAN ABU BAKAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.