saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2014

Berjaya selepas terima dugaan besar

SEBELUM memulakan perniagaan acar ikan talang dan kurau pada Januari lalu, Amaruszati Noor Rahim pernah mengusahakan bakeri selama tiga tahun.

Namun, takdir dan ketentuan Allah SWT tiada siapa yang tahu apabila bakeri yang diusahakan di Sungai Isap, Kuantan, Pahang, musnah akibat dilanda banjir besar yang melanda negeri itu tahun lalu.

Semua peralatan dan kelengkapan dalam kedai seperti mesin dan bahan mentah ditenggelami air hingga menyebabkan kerugianhampir berjumlah RM 150,000.

Walaupun dugaan tersebut cukup berat dan membuatkan dia 'terduduk' buat seketika, wanita berhati cekal ini tidak pernah putus asa sebaliknya bangkit dengan memulakan perniagaan baharu, Acarjutawan.com.

Perniagaan tersebut yang pada asalnya hanya sekadar suka-suka, kini menjadi punca rezeki utama baginya dan keluarga.

Ditanya cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum memulakan perniagaan Acarjutawan.com, Amaruszati mengakui bukan mudah untuk bangun daripada 'keruntuhan' perniagaan terdahulu, namun dia percaya setiap dugaan ada hikmah tersembunyi membuatkan hatinya mula reda.

“Siapa kita untuk melawan takdir Allah. Semuanya telah ditetapkan sejak azali lagi . Apa yang perlu kita lakukan apabila diduga adalah sabar dan tidak putus asa berdoa.

“Demi anak-anak dan masa depan mereka saya bangkit. Suami juga menjadi kekuatan dan pembakar semangat saya ketika dalam kesusahan," ujarnya.

Menurut Asmaruzati, acar yang diusahakan dengan bantuan ahli keluarga merupakan resipi turun temurun yang diwarisi oleh ibunya.

“Resipi tersebut saya pelajari dari ibu kerana kami sekeluarga memang suka makan acar terutama dengan nasi panas.

“Keistimewaan acar ini tidak menggunakan bahan pengawet. Ikan talang dan ikan kurau diproses menjadi ikan kering seterusnya diadun bersama resipi tradisi.

" Ia juga menggunakan cili yang dimasak sehingga enam jam. Cili yang dimasak dengan betul menjamin rasa acar yang sedap.

“Bagi mengekalkan rasa dan keasliannya, saya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan bermutu," katanya.

Tambahnya lagi, Acarjutawan.com bukan sahaja menjadi pembuka selera malah ia boleh dimakan mengikut cita rasa masing-masing.

Ia boleh dimakan dengan nasi putih, nasi beriani, nasi minyak, nasi goreng serta enak dicicah dengan jemput-jemput, roti atau roti canai. Sesekali sedap digaul bersama mi goreng, spagheti dan sebagainya. .

“Selain menjadi menu pembuka selera di rumah, acar ini juga boleh menjadi bekalan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja, dijadikan hadiah atau ole-ole dan sebagai gubahan untuk hantaran," jelasnya.

Setakat ini katanya, terdapat empat jenis acar iaitu ikan masin talang, ikan masin kurau, acar sotong kering dan acar buah

“Yang paling mendapat sambutan adalah acar ikan masin talang yang dijual pada harga RM10.90 sebotol

“Harga bagi acar ikan masin kurau pula RM14.90, acar ikan masin talang bertulang dan lebih pedas RM 15, acar sotong kering RM 10 dan acar buah RM 8," katanya.

Asmaruzati menambah, melihat kepada permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, dia telah menggunakan khidmat enam pekerja sambil dibantu oleh ahli keluarganya.

“Buat masa sekarang Acarjutawan.com diusahakan dari rumah. Kami merancang akan membuka kilang dalam masa terdekat

“Pelanggan kini juga semakin bertambah sehingga seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura dengan pembelian hanya melalui ejen yang berdaftar.

“Kami juga dalam perancangan untuk memasarkan produk ini ke pasar raya dan eksport ke luar negara dalam masa terdekat," katanya.

Dia juga mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi pengedar dengan menghubungi talian 018-2772769 atau layari facebook:acarjutawan.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.