saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 10/10/2014

Menyambung kerja anak

Norshila Abd. Rahman memulakan blog kerana minat memuat turun gambar makanan.

MELIHAT blognya yang begitu bersahaja ditambah pula dengan pelbagai jenis masakan serta resipi yang disertakan ia sememangnya satu blog yang menarik untuk dilawati.

Tidak hanya sekadar kepada mereka yang ingin menjamu mata, kebanyakkan yang melayari spicesjourney.blogspot.com adalah mereka yang gemar memasak dan ingin mencuba segala resipi yang telah disertakan.

Tidak juga terhad kepada bidang masakan, blog ini juga mengandungi petua-petua yang digunakan dalam masakan.

Bagi pemilik blog tersebut, Norshila Abd. Rahman, 44, penglibatannya di dalam dunia internet hanyalah sekadar ingin mengisi masa yang terluang tetapi tidak pernah menyangka blog yang dihasilnya itu telah menarik minat mereka yang gemar memasak.

Pada masa yang sama, Norshila memberitahu kewujudan blog tersebut juga adalah bertujuan untuk berkongsi segala resipi yang telah dicubanya dengan orang ramai.

“Blog spices journey sebenarnya laman sosial yang dihasilkan oleh anak saya, Farrah Nur Shafieny pada 1 November 2011.

“Terhasilnya blog ini kerana saya suka mengambil gambar makanan dan disebabkan hobi tersebut anak mula bertanya kenapa tidak saya membuka satu blog untuk memuat naik segala gambar makanan yang telah saya ambil.

“Dengan persetujuan saya, akhirnya terhasillah blog ini dan hingga kini saya cuma perlu memuat naik segala gambar serta resipi masakan ke dalamnya," ujar anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang, ini lagi.

Berbicara pula mengenai kekerapannya mengemaskini blognya itu, ulas anak sulung daripada empat beradik ini, ia akan dilakukan setiap hari memandangkan dia yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa akan memasak dan mencuba apa jua resipi baharu setiap hari.

Maka tidak hairanlah sekiranya dapat dilihat bahawa blog tersebut akan dilawati lebih daripada 2,000 pelayar internet setiap hari.

Sejak ia dibuka, menurut Norshila atau nama penanya Chahaya Shiela, resipi yang cukup digemari ramai ialah kari kepala ikan, kek red velvet, dan karipap.

Katanya lagi, walaupun dia banyak memuat naik gambar serta resipi masakan harian, blognya bagaimanapun mengandungi pelbagai jenis masakan dan juga resipi.

Telah berkongsi lebih daripada 200 jenis resipi masakan dengan pengikut-pengikutnya, Norshila turut mengambil dan menerima tempahan.

“Pada awalnya, blog spices journey hanyalah sekadar untuk berkongsi gambar dan juga resipi masakan tetapi lama kelamaan ada pula permintaan untuk tempahan.

“Dan disebabkan ada permintaan saya menerima tempahan dan ia juga tidak terhad kepada satu-satu jenis masakan malah saya menerima kesemua jenis tempahan masakan," katanya lanjut.

Mempunyai pelanggan dari serata negeri, Norshila sememangnya boleh berbangga dengan bakat kurniaan-Nya kerana hari ini dia dikenali melalui masakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.