saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/10/2014

Hormati tudung yang dipakai

DIDIKAN agama di peringkat awal mampu menjadi panduan kepada remaja dalam melayari kehidupan ketika dewasa. - GAMBAR HIASAN

Perubahan dalam kalangan remaja Islam di negara ini yang semakin sedar tentang kewajipan menutup aurat dengan bertudung amat menginsaf dan menggembirakan.

Tidak kiralah apa jua gaya ditampilkan dalam menutup aurat itu, ia sesuatu yang harus dipuji dan disokong oleh semua pihak khususnya keluarga dan rakan di sekeliling.

Namun, walaupun baru cuba untuk memakai tudung atau biasanya digelar masih belajar bertudung, mereka seharusnya menghormati apa yang dipakai itu dengan memastikan pakaian yang dipakai juga menutup aurat.

Menutup aurat bukan sekadar menutupi bahagian rambut atau kepala tetapi pakaian dipakai juga perlu dilonggarkan agar tidak kelihatan bahagian badan yang sepatutnya dilindungi daripada penglihatan bukan muhrim.

Namun kebanyakan daripada mereka masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, baju lengan pendek, baju singkat sehinggakan ada di antara mereka berani mengenakan legging tetapi memakai tudung.

Perkara ini pula disokong dengan lambakan fesyen kononnya Muslimah seperti jubah potongan badan, tudung singkat menampakkan bahagian dada, shawl seakan rambut palsu dan sebagainya.

Tidak salah bagi seseorang wanita itu untuk bergaya dan berfesyen dengan seadanya bagi meningkatkan penampilan dan keyakinan diri tetapi perkara seperti itu perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Ada di antara mereka yang mengikut perkembangan fesyen dan tidak kurang juga yang terikut-ikut gaya selebriti yang semakin ramai bertudung, sekali gus menguatkan lagi semangat mereka untuk berubah.

Ia satu perubahan positif yang dilakukan oleh remaja hari ini dan seharusnya perlu terus disokong oleh masyarakat, selain mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang lebih mengetahui dalam hal seumpama ini.

Semua orang tidak sempurna, namun kita masih perlu belajar dan mengetahui sesuatu hal itu agar niat baik yang ingin dilakukan tidak menimbulkan salah sangka orang ramai.

Hormatilah pakaian yang kita pakai agar ia dapat menutup segala aib kerana pakaian melambangkan kedudukan seseorang insan.

-Intan Zulaikha Gombak

Gombak

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.