saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 16/10/2014

Didik anak dengan baik

Semakin ramai kanak-kanak menghadapi masalah mental. Senario yang sukar untuk diterima akal tetapi itulah hakikat yang sedang berlegar dalam masyarakat hari ini.

Mengikut laporan, lebih 20 peratus kanak-kanak berumur antara lima dan 15 tahun di negara ini dikesan menghadapi masalah mental berikutan tekanan hidup dan didiskriminasi akibat keadaan persekitaran.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2011, mendedahkan terdapat peningkatan berbanding kajian sebelumnya.

Hasil kajian tersebut menunjukkan peningkatan daripada 13 peratus pada tahun 1996 kepada 19.3 peratus pada tahun 2006 dan 20 peratus pada tahun 2011 bagi kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun yang menghadapi masalah psikiatrik.

Menurut Kaunselor Kolej Yayasan Melaka, Latifah Md. Yusoh, masalah kanak-kanak banyak berpunca daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri yang menyebabkan golongan ini membesar dengan keadaan yang negatif.

Katanya, kanak-kanak ini kadangkala tertekan dengan cara didikan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Malangnya, cara didikan itu salah menyebabkan anak-anak ini terpaksa menurut peraturan yang diberikan oleh ibu bapa tanpa perlu disoal banyak atau dengan kata lain perlu akur atas setiap ketetapan yang ditentukan.

“Inilah masalahnya apabila ibu bapa hanya menetapkan hukum tanpa ada penerangan. Kadang-kadang anak-anak ini tidak tahu mengapa mereka perlu berbuat sesuatu perkara tanpa didedahkan mengenai kepentingannya.

“Ibu bapa yang membuat peraturan dan undang-undang sendiri tanpa boleh dipersoal oleh anak-anak, kononnya untuk mendisiplinkan mereka, tetapi pada masa yang sama tidak menerangkan kenapa dan mengapa sehingga anak-anak terpaksa akur, sebenarnya boleh merosakkan jiwa anak-anak.

“Ini terutama bagi kanak-kanak yang berada dalam golongan awal remaja iaitu umur 11 dan 15 tahun. Pada peringkat usia sebegini anak-anak memerlukan lebih banyak perhatian memandangkan mereka sedang membesar dengan alam pesekitaran yang membolehkan mereka mengikut sesuatu dengan membabi-buta," katanya.

Apatah lagi menurut Latifah, sekiranya umur sudah meningkat sehingga belasan tahun, pasti menyukarkan lagi mereka untuk merubah perlakuan sekiranya tindakan awal oleh ibu bapa tidak dilakukan.

Selalunya apabila golongan remaja terlibat dengan perkara yang tidak bermoral, masalah itu datang daripada peringkat kanak-kanak lagi, justeru dalam hal ini ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak-anak mereka.

Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang ibu bapa lebih bergantung kepada gajet untuk memastikan anak-anak mereka lebih berada di rumah atas alasan mereka bekerja dan balik lewat malam.

Ini juga sebenarnya perkembangan yang tidak sihat kerana merasakan anak mereka yang tidak keluar rumah kerana leka dengan gajet adalah lebih baik daripada melepak tidak tentu hala di luar. Sedangkan di sini anak-anak mereka sebenarnya telah terlibat dengan masalah mental apabila mereka tidak lagi bersosial dengan masyarakat.

“Jangan ingat apabila mereka bersosial di dalam media sosial itu adalah satu perkara yang baik kerana secara realitinya kehidupan mereka perlu bergaul dengan masyarakat.

“Mereka juga akan terikut-ikut dengan gaya perlakuan di dalam media sosial berkenaan tanpa memerlukan nasihat daripada ibu bapa yang banyak mengabaikan diri mereka," jelasnya.

Seperkara lagi, ibu bapa sering melepaskan sebahagian besar tanggungjawab memberi ilmu kepada guru-guru dan di kelas-kelas tuisyen.

Mereka beranggapan dengan berbuat demikian tanggungjawab ibu bapa telah selesai dalam memberi pendidikan kepada anak-anak.

“Berkomunikasi dengan anak-anak bukan sekadar bertanya sudah makan atau tidak. Ibu bapa perlu perlu lebih berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

"Ini adalah perkara yang penting kerana hari ini sudah ramai ibu bapa yang jarang berkomunikasi dengan anak-anak.

“Begitu juga sekiranya berjanji dengan anak-anak sekiranya tidak dapat ditunaikan usahlah melafazkan janji. Sebaliknya, mereka masih boleh memberi ganjaran kepada anak-anak sekiranya berjaya membuktikan sesuatu sebagai contoh lulus dalam peperiksaan," jelas Latifah.

Tambahnya, makan malam bersama adalah pekara yang baik untuk dilakukan bersama dalam keluarga kerana pada waktu itu boleh dijadikan sebagai 'mesyuarat keluarga' kerana dapat berkomunikasi dengan anak-anak.

Apa pun jelasnya jangan beri tekanan yang berlebihan kepada kanak-kanak sama ada ketika mendidik mahupun dalam memberi harapan dalam pelajaran.

“Apa yang saya selalu lihat selalunya kanak-kanak ini sekiranya mereka ada masalah akan bebas bercakap dengan kaunselor tetapi apabila bercakap dengan ibu bapa, mereka selalunya akan berahsia sesuatu perkara ini kerana mahu mempertahankan diri mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.