saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 17/10/2014

Ringkas dan moden kontemporari

Kertas dinding berwarna coklat dipilih supaya keseluruhan rumah nampak harmoni.

SETIAP orang mempunyai cita rasa yang berbeza termasuk dalam hal menghias rumah. Masing-masing mempunyai konsep hiasan tersendiri, tetapi jika setiap individu boleh bertolak ansur dan saling menghormati pendapat orang lain, akan tercetus ilham hiasan yang menarik dan memuaskan hati semua pihak.

Keharmonian dan keserasian dalam menghias rumah dapat dilihat pada penghuni kondominum tingkat satu di Kondominium Astana, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur ini. Kediaman itu dihuni oleh pasangan suami isteri, Yusri Amri dan Baisyah Sallehuddin bersama dua orang anak perempuan mereka, Ardana Zara, 5, dan Adelia Dasya, lima bulan, serta kedua-dua ibu bapa Yusri Amri, Bakar Ibrahim dan Maimunah Osman.

Walaupun kondominium lapan tingkat ala resort ini sudah berusia 15 tahun, tetapi mereka baharu tujuh tahun tinggal di sini.

Mempunyai tiga bilik dan satu bilik air, kediaman ini tampak selesa bagi mereka sekeluarga dan sesuai bagi kehidupan pasangan yang memiliki anak-anak masih kecil serta warga emas kerana persekitaran yang tenang dan damai.

Daripada segi hiasan dalaman, Baisyah melakukannya bersama-sama ibu mentuanya, Maimunah.

Mereka saling bertukar pendapat dan berbincang mengenai hiasan dalaman pilihan masing-masing.

Tolak ansur di antara mereka menjadikan kerja menghias lebih mudah dan cepat ditambah dengan Maimunah sendiri tidak banyak membantah malah mengikut apa yang dicadangkan oleh menantunya.

Baisyah yang ditemui bercerita, semasa mula-mula berpindah ke kediaman tersebut, ia berlantaikan marmar.

Oleh kerana lantai marmar sejuk dan tidak selesa dengan ibu bapa mentua dan anak-anak yang masih kecil maka mereka bersetuju untuk menukar kepada lantai kayu.

“Sebelum menukar lantai ini saya bertanya dahulu pada ibu bapa mentua jika mereka mahukan lantai marmar atau lantai kayu.

“Rupa-rupanya mereka pun lebih sukakan lantai kayu kerana kata mereka, lantai marmar sejuk. Ini memudahkan saya untuk membuat ubah suai. Saya tidak mahulah membuat atau menukar sesuatu jika tidak dipersetujui oleh ibu bapa mentua.

“Mujur mereka bersetuju. Sudah lama saya mahukan rumah yang berlantai kayu kerana nampak moden dan kontemporari. Memang 20 tahun dahulu kebanyakan rumah memilih lantai marmar tetapi kini lantai kayu lebih popular.

“Bagaimanapun, lantai kayu agak susah dijaga. Ia tidak boleh terkena banyak air kerana lantai akan mengembang dan mengambil masa agak lama untuk mengecut semula. Kalau anak tertumpah air, saya mesti cepat-cepat lap," kata Baisyah yang dahulunya bekerja di sebuah syarikat hiasan dalaman.

Tambahnya, selain menukar lantai, sebuah cermin besar ditempah khas memenuhi dinding yang menghadap meja makan enam kerusi.

Ini bagi memberikan ilusi luas pada ruang makan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu, yang hanya diletakkan sebuah sofa tiga dudukan berwarna coklat gelap.

Di ruang ini juga hanya diletakkan rak panjang tempat meletakkan peti televisyen besar.

Baisyah turut memilih kertas dinding bercorak yang berwarna coklat bagi sebahagian dinding ruang kondominium ini supaya keseluruhan rumah nampak harmoni dengan warna yang sama.

“Oleh kerana tidak boleh membuat banyak pengubahsuaian, saya hanya membesarkan sedikit ruang dapur. Dinding dapur ke balkoni dipecahkan bagi membesarkan ruang dapur.

“Sekarang ruang dapur saya lebih besar dan selesa. Saya turut membuat kabinet bagi menyimpan barang-barang supaya dapur nampak kemas. Warna hitam menjadi pilihan saya kerana nampak eksklusif dan mudah dijaga.

“Sementara itu, sebuah bilik kecil saya jadikan bilik anak sulung saya. Walaupun bilik ini kecil namun saya hias supaya nampak cantik dan seronok bagi kanak-kanak perempuan sepertinya. Di bilik ini saya hiasi dengan langsir bercorak berwarna hitam putih. Sebuah katil kecil diletakkan di tepi dinding.

“Bilik ini pun hanya dijadikan sebagai bilik permainannya. Semua barangan permainannya disusun kemas dan tidak nampak bersepah. Sebuah komputer diletakkan di tepi dinding tempat suami saya menyiapkan kerja-kerjanya," ujar Baisyah. - MERAN ABU BAKAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.