saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 17/10/2014

Kek kahwin ikut konsep

Rooslina Bakar di samping kek yang dihasilkan untuk perkahwinan seorang selebriti popular.

Setiap majlis perkahwinan, pasti terdapat kek sama ada untuk hantaran, acara memotong kek atau sebagai buah tangan untuk tetamu.

Kek hantaran atau untuk acara memotong kek perkahwinan biasanya akan dibuat dengan begitu indah dan istimewa, memikat hati mereka yang memandang.

Menghasilkan kek yang cantik memerlukan kreativiti dan bukan semua orang boleh melakukannya.

Ini kerana hanya orang yang berseni akan menghasilkan kek yang indah dan memukau mata.

Ada juga orang yang pandai membuat kek tetapi tidak tahu bagaimana hendak menghias kek.

Seni menghias kek sebenarnya sudah bermula sejak puluhan tahun di Barat. Terdapat banyak buku mengenai seni menghias kek dan seni sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Pada masa kini terdapat pelbagai rekaan dan seni hiasan kek. Kebiasaannya untuk kek perkahwinan atau kek hantaran, hiasan yang dipilih berbentuk bunga-bungaan kerana nampak cantik dan romantik.

Bunga-bunga yang menghiasi kek tersebut nampak seperti bunga asbetul sehingga terasa sayang hendak memotong.

Rooslina Bakar yang membuat kek perkahwinan sejak tahun 1987 berkata, sepanjang tempoh tersebut, kek perkahwinan telah melalui banyak perubahan.

Terdapat pelbagai pilihan pelanggan bagi kek perkahwinan mereka. Ada yang memilih bentuk kereta, rumah, beg tangan, tepak sirih dan sebagainya. Namun yang paling disukai ialah kek yang dihiasi dengan bunga-bungaan.

Tambahnya, jika pada tahun-tahun 80-an, orang menyukai kek yang berkrim lembut namun pada masa sekarang, kek fondant lebih menjadi pilihan.

Kek berkrim lembut sukar dijaga kerana krim hiasan mudah rosak atau cair pada cuaca yang panas.

Jika dibawa di dalam kereta sebagai hantaran untuk dibawa ke rumah pengantin, kek mungkin rosak dan menyukarkan orang yang memegangnya.

“Kek fondant dibuat daripada krim keras dan lebih mudah dikendalikan. Kek ini tidak mudah rosak jika dibawa jauh dan lebih mudah disimpan kerana bahagian fondant yang keras melindungi kek daripada semut atau serangga lain. Selain itu, kek ini nampak cantik dan eksklusi.

“Ramai yang memilih kek fondant kerana keindahan hiasannya. Namun terdapat juga mereka yang menyukai kek dihiasi dengan krim mentega yang tahan dan tidak cair," kata Rooslina yang mengusahakan bisnes kek ini bersama-sama suaminya, Rameli Sahi.

Menamakan bisnes keknya sebagai Bloomingcake, pelbagai bentuk kek boleh dihasilkan.

Bagaimanapun kebanyakan pelanggan memilih bentuk bulat kerana mudah diletakkan di atas dulang hantaran.

Biasanya untuk kek hantaran, pelanggan memilih kek satu setingkat sahaja sementara untuk acara memotong kek dibuat tiga, lima atau tujuh tingkat mengikut kehendak pelanggan.

Menurut Rooslina, kelebihan kek Bloomingcake ialah dia akan membuat kek yang ditempah mengikut konsep perkahwinan pelanggan.

Jika konsep yang dipilih adalah konsep taman maka kek perkahwinan tersebut juga akan berkonsepkan taman supaya segalanya sinonim dengan konsep majlis.

“Begitu juga jika pelanggan memilih konsep moden kontemporari, saya akan mencuba memenuhi kehendak mereka. Bagi mendapatkan idea, saya banyak merujuk pada buku-buku seni menghias kek daripada luar negara. Saya sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mempelajari seni menghias kek yang terbaru.

“Bahan-bahan untuk membuat hiasan kek juga saya beli dari luar negara sama ada secara dalam talian atau kirim pada kawan-kawan yang ke luar negara.

“Sebenarnya bahan-bahan ini seperti berus, pewarna dan sebagainya mahal, tetapi disebabkan mahukan hasil yang memuaskan, saya tidak kisah.

“Jika tidak ada tempahan, saya akan mencuba di rumah membuat bunga atau hiasan lain seperti yang ditunjukkan di dalam buku.

“Sekarang ramai yang sukakan bunga pheony, bunga hydranga atau bunga yang banyak kelopak dan mempunyai banyak inti di tengah-tengah.

“Kek yang dihiasi dengan bunga-bunga ini memang nampak begitu menarik sekali," kata Rooslina yang mempunyai pelanggan daripada pelbagai golongan daripada sederhana hingga kepada orang kenamaan dan kerabat diraja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.