saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 29/07/2012

Bunuh diri

KEINGINAN membunuh diri adalah suatu kecemasan. Ia timbul apabila seseorang berputus asa dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka kematian adalah satu-satunya jalan penyelesaian.

Ada pelbagai sebab seseorang mempunyai keinginan membunuh diri. Sebab yang paling utama adalah masalah perhubungan seperti putus cinta atau pertelingkahan keluarga.

Hampir separuh daripada mereka mengalami masalah kemurungan. Ada yang disebabkan penyakit mental lain seperti ketagihan dadah, judi, bipolar dan schizophrenia.

Risiko bunuh diri lebih tinggi kalangan mangsa yang berumur bawah 35 tahun.

Kajian menunjukkan wanita tiga kali lebih berpotensi untuk cuba membunuh diri tetapi lelaki biasanya lebih ramai melakukannya.

Kes bunuh diri di kalangan warga emas pula biasanya disebabkan ketidakupayaan akibat kesakitan berpanjangan, kesunyian dan kemurungan.

Apa perlu dilakukan?Jika anda berhadapan dengan situasi di atas, janganlah teragak-agak untuk bertanya adakah rakan anda benar-benar serius memikirkan rancangannya untuk membunuh diri.

Berikan perhatian terhadap jawapannya. Jika jawapannya "ya", dapatkan bantuan dengan segera.

Lihat di sekeliling sekiranya terdapat cara mudah untuk mangsa membunuh diri. Alihkan pandangan tersebut.

Ia mungkin senjata tajam, racun atau tempat tinggi yang membolehkan mangsa terjun. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan dan cuba pujuk untuk dibawa ke hospital.

Jika gagal, cuba dapatkan perhatian orang sekeliling untuk tolong menghubungi polis.

Periksa sekiranya mangsa berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Jika anda merasakan mangsa telah pun mengambil sesuatu yang berbahaya, tanya apakah jenis racun tersebut serta kuantitinya.

Maklumat ini mungkin membantu rawatan di hospital.

Banyakkan bercakap agar mangsa dapat meluahkan perasaan. Beritahu mangsa yang kehadiran anda di situ adalah untuk menolong.

Yakinkan mangsa yang masalah itu akan dapat diatasi. Jangan sekali-kali berjanji yang anda akan menyembunyikan perbuatan tersebut daripada keluarganya.

Berhati-hati semasa berbicara. Ada beberapa perkara yang tidak seharusnya disebut kerana mangsa mungkin menukar makna ayat dan meneruskan cubaan bunuh diri.

Anda pastinya tidak mahu menyaksikan adegan tersebut di depan mata. Ini kerana pada waktu itu, mangsa tidak lagi mampu berfikir seperti orang yang waras.

Sebagai contoh, jangan beritahu ada ramai lagi orang yang bernasib lebih malang di dunia ini. Ingatlah yang mangsa bukannya bodoh.

Mangsa hanya berada dalam keadaan kemurungan yang teruk. Mangsa pastinya tahu ada ramai manusia yang kebuluran di Afrika dan askar yang terkorban semasa berperang di Afghanistan.

Ini hanya akan membuatkannya berfikir betapa tidak adilnya dunia dan mangsa akan menjadi lebih murung.

Begitu juga dengan berkata "bunuh diri berdosa besar dan mangsa gerenti akan masuk neraka".

Perlu diingat sekiranya mangsa seorang yang jahil, adakah dia akan percayakan kata-kata anda? Tetapi sekiranya mangsa seorang yang beragama, pasti penderitaannya begitu hebat sekali sehingga sanggup mempertimbangkan pilihan membunuh diri.

Percayalah dalam keadaan waras tidak ada seorang pun yang mahu membunuh diri. Kemurungan akan menghilangkan kewarasan seseorang.

Orang seperti ini sukar dijangka dan mampu melakukan apa yang tidak ingin dibuat oleh manusia biasa. Berdoalah agar kita tidak termasuk di dalam golongan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.