saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/09/2012

Wanita sihat lebih positif

BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.

"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya

Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.

MemeliharaPersoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?

Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.

"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.

Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.

Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.

Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.

"Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.

"Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya yang juga Penasihat Kesihatan Beaurose keluaran ZZ Beauty Line.

Beaurose mengandungi 100 peratus bahan semulajadi berasaskan ekstrak bunga ros, manjakani, asid phytohyrulonic dan L-glutathione.

"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes). Saya sarankan kepada wanita supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan sama ada dalaman atau luaran untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan di tahap yang paling memuaskan," ujarnya yang boleh dihubungi di 019-2381808 atau laman Facebook, zzbeautyline.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.