saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 10/10/2012

Ujian mamogram bergerak

cERIA...Kakitangan Makna memberikan menunjukkan simbol tanda sayang selepas Majlis Pelancaran Program Saringan Bergerak Kanser Payudara Makna di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

WANITA di luar sana berpeluang melakukan rawatan pengesanan awal kanser payu dara dengan kemudahan treler berukuran 30 kaki, selain dibantu seramai 16 orang petugas.

Treler yang telah diubahsuai untuk dijadikan unit pemeriksaan mamogram bergerak turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pemeriksaan mamogram.

Treler ini akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi memberikan khidmat saringan kanser payu dara pada harga berpatutan atau percuma kepada mereka yang tidak bekerja.

Unit itu yang pertama dan terbesar di negara ini dilengkapi tiga bilik iaitu dua untuk pemeriksaan klinikal payu dara (CBE) dan satu bagi ujian mamografi.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Sekolah Cempaka Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

TERTARIK... Noorainee Abdul Rahman melawat pameran kanser payu dara selepas melancarkan Program Saringan Bergerak Kanser Payudara Makna.

Presiden Majlis Kanser Nasional (Makna), Datuk Mohd. Farid Ariffin berkata, unit pengesanan tersebut yang akan beroperasi mengelilingi Malaysia berperanan memberi galakan dan sokongan kepada wanita untuk membuat pemeriksaan payu dara pada peringkat awal.

"Pengesanan yang dibuat pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa seorang wanita daripada menjadi mangsa kanser payu dara.

"Program saringan bergerak ini disasar di kawasan bandar dan luar bandar terutamanya bagi meningkatkan pengetahuan dan kemampuan wanita menerima ujian saringan pengesanan awal kanser payu dara," katanya.

Mohd. Farid berkata, kos setiap ujian mamogafi adalah RM150 dan tiada bayaran akan dikenakan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,500 serta tidak bekerja seperti suri rumah dan sebagainya.

Katanya, projek perintis telah bermula pada 30 Mac tahun lepas di beberapa lokasi dan sejak itu kira-kira 4,119 orang termasuk lelaki telah menjalani ujian saringan tersebut.

"Satu daripada empat orang rakyat Malaysia berisiko untuk mendapat kanser payu dara.

"Jumlah tersebut menunjukkan kepentingan membuat pengesanan pada peringkat awal melalui ujian saringan yang terdapat di klinik swasta mahupun kerajaan," katanya.

Treler yang mencecah harga RM 2.45 juta turut mendapat sumbangan pembiayaan daripada Yayasan Tenaga Nasional sebanyak RM1 juta dan RM600,000 oleh MNRB Holdings Bhd (MNRB) serta beberapa penderma lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.