saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 28/10/2012

Derma ikhlas dari hati

Lelaki ini tidak pernah terfikir tindakannya mendermakan sebahagian hatinya kira-kira 12 tahun lalu dapat mengubah kehidupan Nurul Afiqah Mohd. Zahir.

Biarpun tanpa pertalian keluarga, Idris Mohamad, 40, ikhlas menghulurkan bantuan bagi membolehkan Afiqah yang ketika itu baru berusia setahun menyambung hidup.

Semuanya atas rasa simpati setelah membaca paparan kisah Afiqah yang menyayat hati pada tahun 2000.

Kejayaan Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd. Afiq Iqmal Muhammad Zaini, 14 bulan memberi dorongan dan keberanian kepadanya untuk melakukan pengorbanan sama terhadap Afiqah.

Idris dapat merasai peritnya penderitaan yang ditanggung oleh Afiqah dan harapan kedua ibu bapa kanak-kanak itu untuk melihat pembedahan anak mereka berjaya.

"Saya pernah mendermakan separuh hati saya kepada adik Nurul Afiqah pada tahun 2000. Ketika itu dia dalam keadaan cukup kritikal. Saya hanya mahu dia terus hidup.

"Alhamdulillah, hati saya sesuai dengan Nurul Afiqah. Kini dia telah berusia 13 tahun. Saya akan terus membuat kerja amal dengan menyebarkan mesej mengenai pendermaan organ kepada orang ramai supaya lebih banyak nyawa boleh diselamatkan," katanya.

Idris ialah antara beberapa penderma yang menyatakan kesanggupan untuk menderma hati kepada Afiqah. Bagaimanapun cuma dua orang saja yang datang membuat ujian awal.

Antara Idris dan seorang lagi penderma wanita, didapati dia paling sesuai selepas dibuat ujian darah, pemeriksaan imbasan hati dan jantung di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor.

Kegiatan amalKegiatan amal sebenarnya tidak asing lagi bagi Idris, bahkan dia sudah sering menderma darah sejak usia muda. Kini dia aktif dengan kempen derma organ.

Baginya, darah yang didermakan itu akan diganti balik secara semula jadi, begitu juga dengan menderma hati, yang masih tinggal akan terus tumbuh.

"Pengorbanan merupakan perkara yang hadir tanpa dirancang oleh individu itu sendiri. Perkara ini lahir dari dalam diri tidak mengira bangsa, agama atau keturunan.

"Sehingga kini saya masih meneruskan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana membantu Afiqah yang boleh diikuti melalui laman web, www.nurulafiqah.com.

"Afikah kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang perlu diambilnya setiap hari sehingga mencecah RM 2 ribu sebulan," katanya.

Afiqah perlu mengambil ubat sehingga usianya mencecah 18 tahun atau seumur hidup bergantung pada nasihat doktor.

Dana yang sedang dikumpul ini juga bertujuan membantu pesakit hati kronik dan kanak-kanak yang senasib dengan Afiqah.

Sempena Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, Idris menyeru orang ramai agar mengangkat ikrar untuk mendermakan organ.

"Inilah pergorbanan yang boleh dilakukan sementara kita masih hidup untuk menjadi pengikrar. Sekiranya ajal kita sudah sampai, insya-Allah kita dapat memberi kehidupan baru kepada orang lain yang masih hidup," ujarnya yang aktif dengan aktiviti Kempen Kesedaran Awam Pendermaan Organ sepanjang bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.