saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 28/12/2012

Khasiat sayur

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kita sudah sampai ke penghujung 2012. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca Utusan Malaysia dan pengikut ruangan ini. Terima kasih kerana terus menyokong Dari Dapur Azli Razali.

Pelbagai artikel dan resipi yang telah saya kongsi sepanjang ruangan ini disiarkan dengan harapan dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Satu pesan saya dalam menyediakan dan menikmati makanan, kita hendaklah mengamalkan diet seimbang dan tidak berlebih-lebihan kerana makanan adalah diri kita yang memberi kesihatan atau sebaliknya kepada kita.

Jadi, pada minggu ini bertepatan dengan tema kesihatan, saya berkongsi maklumat tentang sayur-sayuran. Sayur-sayuran sememangnya berkhasiat untuk tubuh kita, namun ada segelintir yang menolak untuk makan sayur dengan alasan rasa pahit dan pelik.

Alasan lain adalah tidak biasa mengambil sejak dari kecil lagi. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka ini tidak menggemari sayur kerana amalan makan sayur tidak diamal sedari usia kanak-kanak.

Jadi ibu bapa harus lebih kreatif dalam menyediakan makanan untuk kanak-kanak dan fikirkan bagaimana cara untuk sematkan minat kanak-kanak untuk makan sayur.

Sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang penting untuk badan selain itu ia baik untuk pencernaan kerana membekalkan sumber serat. Jadi elok untuk sistem perkumuhan yang lancar.

Tahukah anda sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada enam kumpulan biologi iaitu yang menjalar, yang berakar, berbatang, cruciferous dan bebawang.

Contoh sayur yang menjalar adalah seperti labu, timun dan kacang panjang. Ia hidup menjalar. Ada sesetengah sayuran jenis ini yang enak dimakan mentah dan ada yang perlu dimasak sebelum dimakan.

Timun boleh dijadikan salad dan dimakan begitu sahaja. Orang Melayu sering menggelarkan timun ini sayur sejuk dan tak elok dimakan selalu lebih-lebih lagi bagi ibu dalam pantang dan kaum lelaki. Tetapi timun sebenarnya baik untuk mengelakkan sembelit. Jus timun boleh mengelakkan gastrik.

Timun juga boleh menurunkan berat badan. Untuk kecantikan luaran. timun selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat dan hirisan timun juga digunakan untuk melegakan keletihan mata.

Sayuran daripada akar pula adalah yang tumbuh di dalam tanah. Akarnya akan membesar dan boleh dimakan setelah digali.

Contohnya, keledek, keladi dan kentang. Sayuran ini kaya dengan kanji dan dimakan untuk membekalkan sumber karbohidrat dalam badan.

Kumpulan cruciferous pula adalah terdiri daripada sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis.

Pada mereka yang mengamalkan makan sayuran dari kumpulan ini dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit tiroid iaitu penyakit bengkak kelenjar di leher akibat kurang kandungan iodin.

Jadi dengan mengamalkan sayuran ini akan menghalang penyakit ini daripada dihidapi. Sayuran berdaun hijau pula adalah seperti daun salad, bayam dan daun kobis. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin C, zat besi, anti oksida.

Daun salad misalnya baik untuk mengurangkan penyakit susah tidur malam iaitu insomnia. Selain itu daun salad juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, dengan itu dapat menghilangkan segala keresahan yang kita alami.

Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang mampu menghilangkan rasa dahaga dan boleh melancarkan sistem pernafasan kita.

Sayur berbatang pula seperti asparagus dan saderi. Asparagus mengandungi rendah kalori dan natrium. Selain itu ia memberikan vitamin B6, kalsium, magnesium, fosforus, vitamin E dan serat.

Asparagus enak di kukus atau digoreng bersama makanan laut seperti udang. Makanan yang ditumis bersama bawang merah dan bawang dengan putih berasa lebih enak dan menaikkan lagi aroma makanan itu.

Bawang besar, bawang merah dan bawang putih merupakan sayuran dalam kumpulan bebawang.

Selain melazatkan makanan ia juga terbukti untuk memberikan kesihatan dalam badan seperti bawang yang mengandungi sebatian anti oksida iaitu falvonoid yang dapat mengurangkan penyakit kanser, jantung darah tinggi dan kencing manis.

Jadi pada minggu ini cubalah hidangan salad yang menggabungkan pelbagai sayuran yang berkhasiat. Selamat mencuba!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.