saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 21/04/2013

Persediaan sebelum hamil

Soalan

SAYA baharu sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan yang lepas. Kami tidak mengamalkan mana-mana kaedah perancang keluarga. Kami berdua telah bersedia untuk menimbang cahaya mata. Mohon doktor berikan penjelasan berkenaan persediaan yang perlu kami lakukan sebelum seseorang wanita itu hamil. Terima kasih

* Nina, Kuala Lumpur

Jawapan

Sebelum seseorang wanita bersedia untuk hamil, beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Antara perkara tersebut termasuklah diet, pemeriksaan kesihatan, senaman dan kesan merokok dan stres.

DietDiet seimbang ialah amalan yang amat baik. Diet haruslah dipelbagaikan untuk menjadikannya lebih menarik. Anda tidak perlu merasa bersalah sekiranya sesekali anda melanggar diet anda.

Pengambilan sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan. Setiap wanita dicadangkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (terutamanya spina bifida) terhadap bayi. Terdapat perkaitan antara pengambilan asid folik dengan pengurangan kecacatan terbabit dalam kalangan bayi.

Wanita yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil dos asid folik yang lebih tinggi iaitu 5 miligram sehari. Mereka ialah wanita-wanita yang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit epilepsi, kerap mengalami keguguran dan mempunyai ahli keluarga yang mengalami atau mempunyai bayi dengan kecacatan tiub neural atau spina bifida.

PemeriksaanSelepas sejarah riwayat pesakit diambil, pemeriksaan seterusnya termasuklah pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita adalah tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Mungkin ada sebilangan kecil wanita yang tidak membenarkan doktor menjalankan pemeriksaan ini disebabkan oleh perasaan malu. Pemeriksaan ini bertujuan mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pemeriksaan juga untuk memastikan sama ada terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari.

Pada masa yang sama ujian Pap smear biasanya akan dilakukan. Ujian Pap smear harus dilakukan. Sila hubungi doktor anda untuk menjalankan ujian Pap smear. Setiap tahun selama tiga tahun berturut dan sekiranya keputusan normal, boleh dilakukan setiap tiga tahun.

Selain pemeriksaan faraj, wanita juga perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi pada abdomen. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim wanita adalah normal atau terdapat ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya. Ia juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan ('anteverted') atau ke belakang ('retroverted'). Ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj perlu dilakukan untuk mengetahui dengan lebih jelas pembesaran telur, ketebalan dinding rahim dan sebagainya.

SenamanSenaman ringan yang berkala amat digalakkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman berat tidak patut dilakukan lebih daripada empat kali seminggu semasa kehamilan. Kajian juga menunjukkan senaman berat yang kerap (contohnya latihan atlet) boleh mempengaruhi kitaran haid dan kesuburan.

Kesan rokokTerdapat perkaitan antara merokok dengan kesuburan dalam kalangan wanita. Anda sepatutnya mengetahui bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan anda dan bayi yang akan dikandung. Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah ketika hamil dan boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak. Hal ini termasuklah penyakit asma atau lelah, jangkitan kuman di paru-paru dan sebagainya.

Stres Tiada bukti yang jelas tentang perkaitan antara stres dengan kesuburan kerana ada sesetengah wanita masih mampu hamil di saat yang paling stres dalam kehidupan mereka dan ada yang tidak kerana mungkin terdapat perubahan pada aktiviti seksual dan ovulasi mereka pada waktu itu.

Anda digalakkan berkongsi masalah dengan pasangan atau teman rapat. Sekiranya anda memerlukan lebih bantuan, anda perlu mendapatkan khidmat doktor atau kaunselor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.