saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 30/04/2013

Usia faktor kesuburan

Tan Siow Joon (kiri) bersama suami, Wang Kam Kuan (kanan) dan anaknya Wong Wan Jing (tengah) ketika sidang media pada majlis pelancaran suntikan corifollitropin Elonva bagi rawatan kesuburan di Hotel Traders Kuala Lumpur baru-barui ini.

KINI anak perempuan comelnya, Wong Wai Jing, mencecah usia lima tahun dan sedang membesar dengan sihat di samping kedua ibu bapanya.

Jun Tan yang mula menggunakan kaedah rawatan IVF sejak tahun 1995, mengakui pengalaman tersebut tidak akan dilupakan sehingga saat ini.

“Pertama kali mencuba rawatan tersebut, kami suami isteri begitu teruja dan meletakkan harapan begitu tinggi.

“Namun, nasib tidak menyebelahi kerana sehingga empat kali cubaan dilakukan saya masih gagal untuk hamil.

“Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat untuk meneruskan usaha kerana kami yakin selagi kita berusaha pasti akan berjaya juga akhirnya," katanya.

Masalah kesuburan

Sementara itu, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Prashan Nadkarni berkata, masalah kesuburan didefinisikan sebagai ketidakmampuan lelaki dan wanita untuk mempunyai anak selepas setahun berkahwin.

“Wanita dan lelaki apabila umur mereka semakin meningkat, tahap kesuburan dan peluang untuk hamil turut berkurang. Walaubagaimanapun keadaan ini lebih berisiko kepada wanita.

“Berdasarkan kajian, sebanyak lima hingga 50 peratus masalah kesuburan di kalangan wanita bergantung kepada purata umur individu tersebut.

“Faktor-faktor lain juga menyumbang antaranya, kekurangan pengeluaran jumlah sperma oleh lelaki dan gaya hidup yang tidak sihat seperti masalah kegemukan, merokok, penggunaan alkohol yang berlebihan dan stres," katanya ketika memperkenalkan Elonva iaitu suntikan corifollitropin alfa untuk rawatan kesuburan oleh syarikat farmasutikal antarabangsa, MSD .

Dr. Prashan berkata, berdasarkan kajian masalah kegemukan akan menyebabkan timbulnya risiko ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.

Kegemukan atau obesiti akan menyebabkan seseorang berisiko menghidap penyakit kencing manis sekali gus membahayakan kesihatan wanita tersebut.

Malah, wanita mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis juga berisiko bersalin secara pembedahan.

“Selain itu, mengikut kajian oleh Amerika Lung Association and ASRM, merokok di kalangan wanita menyumbang sebanyak 13 peratus masalah kesuburan," katanya.

Dalam pada itu Dr. Prashan memberitahu, wanita yang mandul lazimnya beranggapan bahawa kehamilan adalah sesuatu yang mengganggu sosio-ekonomi.

Masalah ini juga menyebabkan mereka berasa tersisih terutama apabila mereka cuba mengelak daripada mendapat pandangan atau berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai masalah yang dihadapi.

- SITI AISHAH YUSOFF

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.