saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/07/2013

Sakit dan Ramadan

Luka akibat hakisan asid perut penyebab kepada ulser perut. - Gambar hiasan

Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, selaku pesakit, golongan ini haruslah bijak menimbang tara antara kewajipan berpuasa dan kewajipan menjaga kesihatan.

Jelasnya, bagi membantu pesakit membuat keputusan, satu langkah yang boleh diambil adalah mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Menurut Dr. Raja Affendi, gastrik dan ulser perut adalah dua penyakit yang berbeza. Gastrik atau istilah perubatannya bermaksud perut dan gastritis merupakan keradangan pada dinding perut manakala ulser pula adalah luka akibat hakisan asid perut.

"Kedua-duanya boleh terjadi akibat jangkitan bakteria helicobacter pylori yang memerlukan penggunaan ubat penahan sakit tertentu (seperti ibuprofen, naproxen, aspirin dan lain-lain), pengambilan steroid yang berlebihan serta merokok.

"Lazimnya, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan perasaan sebu (dyspepsia) di hulu hati.

"Individu berkenaan boleh didiagnos melalui endoskopi serta pengesanan jangkitan helicobacter pylori menggunakan sampel biopsi yang diambil pada dinding perut," kata Dr. Raja Affendi.

Pengesanan jangkitan helicobacter pylori kata Dr. Raja Affendi, boleh juga dibuat melalui ujian darah, najis dan perhembusan nafas (urea breath test).

Berbuka puasa dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berkala. - Gambar hiasan

Katanya, seandainya pesakit mampu berpuasa, langkah paling asas yang boleh diambil bagi mengurangkan komplikasi gastritis dan ulser adalah mengawal tabiat pemakanan sepanjang bulan Ramadan.

" Rasulullah SAW menyarankan kita untuk melewatkan waktu bersahur dan mengawal pemakanan waktu berbuka puasa,

"Seterusnya, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur kerana ia boleh menyumbang kepada refluks asid," katanya.

Ujar Dr. Raja Affendi, semasa berbuka puasa pula, pengambilan makanan secara berlebihan berisiko mendatangkan rasa sebu (dyspepsia) di hulu hati dan refluks asid yang boleh mendatangkan rasa masam di tekak serta mulut.

Oleh itu katanya, bersederhana dalam berbuka puasa dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berkala.

"Misalnya berbuka puasa dahulu dengan buah kurma dan sedikit kuih sebelum solat Maghrib diikuti hidangan utama yang seimbang sebelum solat Tarawih.

"Seeloknya kita berhenti makan tiga hingga empat jam sebelum tidur bagi merehatkan saluran pencernaan, jadi cubalah meminimakan tabiat makan ketika moreh selepas Tarawih," katanya.

Dr. Raja Affendi memberitahu, makanan yang terlalu pedas, berempah dan berasid seperti air berkarbonat boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut manakala minuman berkafein pula seperti kopi menyahhidratkan air melalui saluran kencing.

Sehubungan dengan itu katanya, pengambilan makanan sebegini haruslah dikurangkan. Alternatif terbaik adalah dengan memakan makanan yang mempunyai kesemua nutrien yang diperlukan badan di samping banyak meminum air masak secara berkala.

Jelasnya, pada umumnya, terdapat beberapa jenis ubat untuk mengawal gastritis dan ulser perut.

Namun nasihatnya, doktor diperlukan sebelum mendapatkan ubat-ubat ini di farmasi kerana dosnya mungkin berbeza mengikut individu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.