saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 22/09/2013

Rawatan awal halang derita apendiks

BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.

"Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat," katanya mengimbau pembedahan apendiks dua tahun lalu.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hasan dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Damansara. Selepas diperiksa, doktor mengatakan dia terpaksa dibedah dengan segera ekoran apendiks di dalam perutnya sudah pecah. Kesan daripada umbai pada usus sebelah kanan itu telah pecah, ia juga telah merebak dan menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.

"Oleh sebab itu, saya terpaksa menjalani dua kali pembedahan, pertama sekali pembedahan apendiks dan yang kedua pembedahan membersihkan jangkitan pada bahagian ovari," ujar bintang kelahiran rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 2000 itu lagi.

Lazimnya, pesakit apendiks kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika anda berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada.

Bagaimanapun, budaya boleh tahan sakit sebegini adalah cara hidup tidak sihat dan berbahaya.

Macam pernah dengar? Atau, anda mungkin mengalaminya sendiri. Kemungkinan besar anda mengalami sakit apendiks.

Tiada siapa yang tahu apakah fungsi apendiks yang sebenar. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks . Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah berkata, apendiks adalah satu organ kecil yang merupakan sambungan daripada salah satu bahagian daripada usus besar bergelar sekum yang terletak di bahagian sebelah kanan perut (abdomen) di bawah paras pusat.

"Lazimnya ramai yang mengalami masalah apendisitis akut iaitu keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit perut.

"Pada permulaannya, pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).

"Jika keadaan ini terus berlarutan dalam masa beberapa jam sahaja pesakit akan mula berasa sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

PuncaPunca sebenar penyakit apendisitis tidak diketahui. Bagaimanapun, Dr. Jonah berpendapat, ia mungkin disebabkan pemilihan makanan yang tidak sihat dan kuman daripada makanan serta minuman.

Ini kerana, apendiks berada pada usus besar dan semestinya ia adalah kawasan pemprosesan makanan dan pencernaan.

"Orang ramai pada hari ini gemar makan di luar tanpa mengetahui tahap kebersihan makanan tersebut.

"Kita juga lihat pada hari ini, ramai yang gemar makanan segera, tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan ," ujarnya.

Selain itu, corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang berkemungkinan menjadi punca radang apendiks.

Mereka yang kurang mengambil air putih, malas bersenam dan mengalami masalah penghadaman juga lebih mudah mengalami masalah tersebut.

Simptom Menurut Dr. Jonah, simptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat.

Selalunya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen.

Keadaan bertambah buruk jika pesakit turut mengalami simptom lain seperti demam, cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah, tiada selera makan dan semestinya badan lemah.

Jika apendiks sudah bocor, pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.

Kadang-kadang pesakit menyangka ia hanyalah sakit perut biasa lalu pergi mengurut di mana ia akan lebih memburukkan keadaan kerana apendiks yang bengkak mampu pecah jika ditekan kuat.

Apa yang penting jangan memandang remeh sakit perut terutamanya di bahagian kanan. Segeralah bertemu dengan doktor.

Diagnosis"Cara diagnosis apendiks adalah mengikut prosedur klinikal sepenuhnya iaitu bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah.

"Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama, kita akan ambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya.

"Selepas itu barulah kita ambil sampel air kencing. "Memang ada pesakit yang akan bertanya kenapa perlu ambil air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.

"Jadi untuk mengelakkan salah diagnosis dan rawatan sebaiknya, ujian dijalankan terlebih dahulu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.