saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 12/01/2014

Produk 9 Anugerah

Dr. Suri (depan) bersama ahli pasukannya menunjukkan antara anugerah dan pingat yang dimenangi.

IDEA pembangunan produk Minuman Kasturi telah dicetuskan oleh seorang Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI iaitu Dr. Suri Roowi.

Beliau ialah saintis yang banyak terlibat di dalam penyelidikan antioksidan. Antara bidang kajian beliau ialah penyelidikan antioksidan daripada buah-buahan tropika (contohnya limau tropika) dan herba-herba tempatan.

Idea berkenaan bermula dengan kesukaran melakukan eksperimen bagi menentukan bahan aktif berkhasiat dalam limau kasturi.

Menurutnya bahan aktif dalam limau kasturi amat jarang didapati dalam limau-limau lain.

“Ia tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon. Biasanya bahan berkhasiat utama dalam spesies oren atau limau ialah hesperidin dan neohesperidin (bahan pahit) tetapi bahan dalam limau kasturi berbeza di mana hesperidin dan neohesperidin adalah bahan utama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Hasil penemuan ini, lahirlah produk Minuman Kasturi yang dibangunkan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI.

Produk berkenaan berjaya meraih sembilan anugerah iaitu lima pingat emas dan empat anugerah inovasi terbaik dalam pertandingan inovasi di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

Contohnya semasa pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX), produk limau kasturi telah memenangi pingat emas dan Best Invention for Education and Research Institutes dan semasa di iENA, Jerman, produk ini sekali lagi memenangi pingat emas.

Limau kasturi ialah sejenis limau yang mempunyai kulit lekang yang berbau harum dan banyak digunakan dalam masakan atau minuman.

Malangnya tidak banyak kajian dilakukan ke atas minuman kesihatan berasaskan buah limau kasturi.

Dr. Suri juga menjalankan kajian mengenai pelbagai jenis limau seperti limau susu, limau jari, limau telur buaya, serta limau madu, dan menemui salah satu komponen berkhasiat yang terdapat pada buah limau kasturi iaitu Floretin-G.

"Biasanya Floretin-G banyak terdapat dalam epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos tetapi kajian mendapati bahan Floretin-G juga terdapat pada bahagian tertentu limau kasturi" katanya.

Biasanya Floretin-G amat jarang didapati dalam spesies limau dan hanya ada pada Forutnella sp, sejenis buah menyerupai limau kasturi.

Beliau telah menguji setiap bahagian dan peringkat kematangan limau kasturi bagi mendapatkan kandungan Floretin-G paling tinggi.

Menurut Dr. Suri, Floretin-G mempunyai nisbah aktiviti antioksidan tinggi jika diukur menggunakan kaedah`Trolox Equivalent Antioxidant Ratio' (TEAR).

Kaedah berkenaan hanya boleh dilakukan menggunakan alat "HPLC dengan on-line antioxidant assay", sejenis teknologi yang diperolehi semasa Dr. Suri melanjutkan pelajaran di Glasgow, United Kingdom (UK).

"Nisbah aktiviti Floretin-G lebih tinggi berbanding epigalokatekin-galate, sejenis bahan antioksidan dalam teh hijau," katanya.

Kajian bahan aktif dalam limau tropika yang dilakukan telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Agricultural & Food Chemistry dan hasil penerbitannya telah memenangi anugerah penerbitan terbaik di peringkat MARDI.

Dr. Suri menambah, bahan Floretin-G boleh didapati dalam sirap limau atau teh O limau tetapi kandungannya terlalu rendah.

"Bagaimanapun, harga buah fortunella agak tinggi dan boleh mencecah RM7.

"Bahan floretin juga dijumpai dalam epal dan kombinasi bahan floretin dengan asid ferulic telah dijual di pasaran dalam bahan kosmetik sebagai anti-kedutan" katanya.

Menerusi kajian yang dijalankan, Dr. Suri telah menghasilkan minuman tinggi Floretin-G dengan nama Minuman Kasturi buat pertama kali menggunakan hasilan sampingan buah limau kasturi.

"Dalam kajian ini, saya menggunakan bahagian limau kasturi yang mempunyai kandungan Floretin-G tertinggi.

"Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati meningkat jika dirawat dengan kombinasi enzim terpilih.

"Selain itu minuman tersebut ditambah dengan jambu batu dan gula perang bagi menambahkan khasiat," katanya.

STABIL

Malah Floretin-G yang didapati dalam bahagian limau kasturi adalah stabil pada suhu dan tekanan tinggi.

Kajian jangka-hayat Minuman Kasturi menunjukkan kandungan Floretin-G masih stabil walaupun telah disimpan 18 bulan.

Dr. Suri menambah, beliau telah menjalankan pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk Minuman Kasturi.

"Hasilnya ramai yang menyukai kerana rasanya kurang pahit selain penuh khasiat semula jadi," katanya.

Menurut beliau lagi, minat terhadap bidang penyelidikan bahan berkhasiat bermula semenjak tahun 1992 apabila beliau menjalankan kajian bahan faitosterol dari petai papan, di mana beliau telah memenangi anugerah projek terbaik di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Selepas itu Dr. Suri menjalankan kajian ke atas bahan berkhasiat dari daun kari, bunga telang, bunga senduduk dan limau purut sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Semasa Dr. Suri melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di United Kingdom dalam bidang biokimia, beliau turut terlibat dengan kajian penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh manusia.

Antara sumber berkhasiat yang dikaji ialah teh hijau, kopi, jus oren, dark chocolate dan raspberi. Ini membuatkan bidang kajian Dr. Suri lebih menjurus kepada penjagaan kesihatan daripada makanan terbaik.

"Kajian mendapati 99 peratus daripada apa yang kita makan akan diproses di dalam usus besar iaitu tempat paling penting.

"Jadi kita perlu menjaga kesihatan usus besar dengan mengambil madu, yogurt dan fiber," katanya lagi.

Kajian ke atas kandungan bahan antioksidan ringkas lain dalam buah limau kasturi juga telah dilakukan menggunakan alat Gas Chromatography Mass Spectrometry (GC-MS).

Kehadiran bahan asid ferulik dan Phloretin-G secara semula jadi dalam limau kasturi boleh menjadikan produk Minuman Kasturi sebagai produk antioksidan, antikedut dan kesihatan jantung. Bagaimanapun ia masih memerlukan kajian lanjut.

Selain itu, bahan vitexin-2'-O-rhamnosida telah dikenal pasti dalam Minuman Kasturi.

Di Amerika Syarikat (AS), viteksin telah digunakan sebagai agen mencegah penyakit darah tinggi.

Vitexin hadir dalam buah Cratageus oxycantha (hawthorn berry) dan produk berasaskan hawthorn berry telah dijual secara komersial untuk menjaga kesihatan jantung iaitu sebagai anti-ischaemic dan agen cardiotonic.

Walaupun belum dikomersialkan, Dr. Suri menerima banyak maklum balas mengenai produk Minuman Kasturi ketika dipamerkan di mana-mana pertandingan inovasi yang disertai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.