saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 02/03/2014

Cubalah IVF

Dr. Hu Shan menunjukkan gambar perkembangan embrio.

Setelah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Ramli dan Azizah masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Azizah bimbang kerana dia pernah keguguran setahun selepas nikah selain pernah menjalankan rawatan Intrauterine Insemination (IUI).

IUI ialah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku.

IUI hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat.

Setelah gagal dua kali dalam kaedah IUI, pasangan ini disarankan menjalani proses In Vitro Fertilisation (IVF).

IVF juga dikenali sebagai ‘bayi tabung uji’, kerana persenyawaan berlaku di luar badan (di dalam tabung uji atau piring petri) untuk mendapatkan anak.

"Ketidaksuburan didefinisi sebagai wanita yang dalam usia subur tidak hamil selepas nikah dan melakukan hubungan seks selama setahun tanpa sebarang perlindungan.

"Biasanya ketidaksuburan sering berlaku pada wanita yang berusia lebih 35 tahun.

"Tetapi kira-kira 40 peratus masalah ketidaksuburan ditemui pada kedua-dua lelaki dan wanita," kata Dr. Hu Shan dari Hospital Pakar KPJ Damansara.

Biasanya wanita berusia lebih 35 tahun perlu mendapatkan rawatan sebaik-baiknya selepas enam bulan berumah tangga dan tidak mendapat zuriat berbanding mereka yang berusia kurang 35 tahun boleh menunggu sehingga setahun.

Peratusan kejayaan untuk hamil menggunakan rawatan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pasangan, kualiti telur atau sperma dan kaedah rawatan.

"Secara keseluruhannya kadar kejayaan ialah 30 hingga 50 peratus," katanya.

Prosedur IVF lebih rumit dan melibatkan beberapa prosedur di mana wanita akan mula menerima beberapa suntikan hormon selalunya pada hari kedua haid.

Ini adalah untuk merangsang kilang telur menghasilkan lebihan folikel. Imbasan akan dilakukan beberapa kali untuk memantau folikel. Dos hormon akan dinaikkan atau dikurangkan bergantung kepada tindak balas folikel.

Haid

Jika seorang wanita mempunyai kitaran haid teratur (kitaran 28 hingga 30 hari), folikel biasanya akan matang pada hari ke 12 hingga 14 haid dan prosedur Oocyte Retrieval (OR) atau pengumpulan telur akan dilakukan.

Biasanya semasa OR dilakukan, pesakit tidak perlu bermalam di wad dan selepas kaedah dilakukan, pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah.

Prosedur OR biasanya mengambil masa selama setengah jam hingga satu jam. Pada hari yang sama, lelaki diminta memberikan sampel sperma dan pakar embriologi akan mensenyawakan sperma dan ovum.

Embrio akan dihasilkan dari percantuman sperma dan ovum dan pakar embriologi akan memantau perkembangan embrio dengan teliti.

Biasanya tiga hari selepas prosedur OR, embrio yang paling elok dan sempurna akan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita itu.

Prosedur ini dinamakan Embryo Transfer (ET). Pesakit tidak perlu bermalam di wad dan dibenarkan pulang selepas sejam berehat.

Ubat

Sebelum pulang, pesakit dibekalkan dengan ubatan untuk menguatkan rahim sebagai persediaan menerima embrio.

Pesakit dinasihatkan berehat di rumah selama beberapa hari. Sekiranya haid tidak datang seperti sepatutnya, anda mungkin hamil.

Ujian kehamilan boleh dibuat dengan air kencing atau darah selepas dua minggu prosedur ET, tetapi imbasan scan untuk mengesan kehamilan hanya boleh dilakukan tiga hingga empat minggu selepas ET.

Di KPJ Damansara, Dr. Hu menggunakan teknologi ultrasound 3D terkini yang digunakan bagi memeriksa pesakit menghadapi masalah kesuburan.

Ini dapat memberikan maklumat mengenai keadaan atau patologi di kawasan ovari misalnya jika terdapat sist atau endometrium.

Peralatan pengimejan 3D dan gabungan 3D dan sonohysterography digunakan bagi mendapatkan gambaran patologi endometri dan struktur rahim dengan lebih jelas.

"Dengan ini kami boleh melihat masalah di dalam rahim pesakit dan meletakkan embrio di tempat yang sepatutnya.

"Ini akan memberikan kadar kejayaan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya," katanya.

Dr. Hu berkata, di KPJ Damansara, ujian Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) akan dilakukan di mana embrio akan diuji bagi keabnormalan genetik atau kromosom.

Hanya embrio yang didiagnosis bebas daripada sebarang masalah akan dipindahkan bagi mendapatkan bayi yang sihat.

"Ini juga akan mengurangkan risiko pasangan yang trauma jika mendapat bayi yang kurang sihat," katanya.

Ujian PGD akan meningkatkan kadar implan dan mengurangkan risiko keguguran.

Mengurangkan risiko menggugurkan kandungan kerana analisis kromosom dilakukan sebelum hamil dan embrio diuji sebelum dimasukkan ke dalam rahim.

Pasangan yang mempunyai masalah genetik boleh menjalani ujian PGD bagi memastikan anak-anak mereka tidak mendapat penyakit yang sama.

Ini dapat mengurangkan kos perubatan kerana sesetengah penyakit memerlukan perbelanjaan yang besar dan berpanjangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.