saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/05/2012

Pembalut luka kencing manis

Megat Radzman Megat Khairuddin (kiri) dan Pengarah Urusan Samata Biocarbon Sdn. Bhd., Mike Tee menunjukkan pembalut luka 'BCT Bio-Carbon Antimicrobial Wound Dressing Solution' di Shah Alam, baru-baru ini. Gambar - Siti Rohaizah Zainal

SHAH ALAM 27 Mei - Luka merupakan perkara yang paling ditakuti pesakit kencing manis kerana jika lambat sembuh, dibimbangi boleh merebak serta menyebabkan bahagian yang terjejas dijangkiti kuman dan seterusnya berisiko diamputasi.

Bagaimanapun, penghidap kencing manis kini boleh menarik nafas lega kerana masalah yang timbul akibat luka itu boleh diatasi dengan pembalut luka istimewa, 'BCT Bio-Carbon Antimicrobial Wound Dressing Solution' (BCT Bio-Carbon).

Ini kerana, produk dari Taiwan yang diedarkan oleh syarikat bumiputera tempatan, Samata Biocarbon Sdn. Bhd. itu mampu menyembuhkan luka dan sekali gus mengelak daripada merebak dan dijangkiti kuman.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin, BCT Bio-Carbon adalah pembalut luka khas yang telah menjalani penyelidikan teknologi nano terkini dan mempunyai keistimewaan semulajadi yang asli.

"Menariknya tentang produk ini ialah ia mengandungi 'nano silver ion' yang berfungsi sebagai bahan aktif pembasmi bakteria dan akan bertindak menghalang pembiakan bakteria dan penyembuhan secara semulajadi tanpa menggunakan bahan perubatan kimia.

"Pembalut luka khas ini dicipta bagi menghalang kesan luka daripada terus merebak serta memudahkan pengguna kerana pembalut boleh dipotong mengikut saiz luka pesakit tanpa melekat pada luka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Kemuning, di sini baru-baru ini.

Megat Radzman memberitahu, selain menyembuhkan luka pesakit kencing manis, BCT Bio-Carbon bermanfaat untuk memulihkan luka atau kecederaan ringan seperti lecuran, dematis dan ulser.

Ini kerana jelas beliau, kandungan Far Infrared Ray (FIR) yang terdapat dalam pembalut ini menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme supaya kesan parut pada luka berkurangan.

''Keunikan pembalut istimewa ini masih boleh terus dipakai walaupun selepas dibasuh.

''Pengguna tidak perlu khuatir kerana pembalut ini telah menjalani ujian makmal dan mendapat pensijilan ISO yang telah disahkan selamat untuk penggunaan manusia," tambah beliau.

Ujar beliau lagi, pihaknya akan mengadakan forum bagi memperkenalkan produk ini dan akan melantik beberapa farmasi dan syarikat khas agar pengguna dapat memperolehi informasi dalam masa terdekat ini.

"Mereka juga boleh mendapatkan produk kami di pasaran dan akan diedarkan dalam tiga bulan lagi dari sekarang," katanya.

Pengguna yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Samata Biocarbon Sdn. Bhd. di talian 03-5131 6115.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.