saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 04/08/2012

Felda, IHH miliki asas kukuh

PELABUR menyaksikan pergerakan harga saham IHH Healthcare yang disenaraikan di Bursa Singapura, baru-baru ini. - REUTERS

SINGAPURA 3 Ogos - Penyenaraian Felda Global Ventures Bhd (FGVH) dan IHH Healthcare menjadi bukti syarikat-syarikat yang mempunyai asas kukuh dengan sokongan institusi yang kuat akan menambah keyakinan pelabur runcit, kata seorang pemimpin korporat.

Naib Presiden Perkhidmatan Kewangan Perniagaan Asia Pasifik, Frost & Sullivan, Sanjay Singh berkata, dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, kedua-dua syarikat masih mampu meneruskan rancangan penyenaraian mereka dengan jayanya,

"Kita mendengar tentang penangguhan beberapa tawaran awam awal (IPO) mega di peringkat dunia - seperti Formula One (F1) dan Graff Diamonds.

"Saya percaya pelabur sangat memilih tentang syarikat-syarikat yang mereka ingin melabur," kata beliau kepada Bernama.

FGVH dan IHH Halthcare meneruskan penyenaraian mereka walaupun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu dengan beberapa syarikat di Asia menundakan tawaran awam mereka seperti penyenaraian F1 di Singapura.

FGVH melonjak 20 peratus dalam urus niaga pertamanya pada 28 Jun, yang dianggap sebagai IPO kedua terbesar dunia tahun ini, manakala IHH, pengendali hospital terbesar Asia, menyaksikan dua penyenaraian, di Malaysia dan Singapura pada 25 Julai, meningkat lebih 10 peratus semasa kemunculan sulungnya sebagai IPO ketiga terbesar di dunia.

FGVH merupakan syarikat perladangan sawit kedua terbesar dari segi kawasan ditanam dan pengilang gula terbesar di Malaysia.

Syarikat yang dimiliki 49 peratus Felda Holdings Bhd itu merupakan pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia dan penapis minyak sawit kedua terbesar dalam negara.

IPO IHH telah terlebih langganan sebanyak 132 kali di peringkat global dan di Singapura sendiri, terlebih langgan sebanyak 11 kali.

Ia merupakan peserta utama di Singapura, Malaysia dan Turki serta pasaran utama China, Hong Kong dan India.

Ia juga berada di Vietnam, Brunei dan Macedonia dan mempunyai lebih 24,000 pekerja dan mempunyai lebih 4,900 katil di 30 hospital di seluruh dunia.

Frost & Sullivan, syarikat perkongsian pertumbuhan, bekerjasama dengan pelanggan untuk memanfaatkan inovasi berwawasan yang menangani cabaran global dan peluang-peluang pertumbuhan yang berkaitan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.