saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 07/08/2012

YIT untung RM50 juta

Kamaru Al-Amin Ismail (kanan) menunjukkan kaedah penggunaan set pen digital al-Quran kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dipasarkan oleh Yayasan Islam Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Yayasan Islam Terengganu (YIT) dijangka memperoleh keuntungan bersih RM22 juta apabila beberapa bidang tanah milik anak syarikat kerajaan negeri itu, yang terletak di tengah bandar ini, dibangunkan oleh pemaju hartanah swasta menjelang hujung tahun ini.

Pengarah YIT, Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata tanah yang akan dibangunkan itu, yang kini masih menjadi tapak meletak kenderaan, merupakan projek pembinaan sebuah menara setinggi 20 tingkat yang dianggarkan menelan belanja RM100 juta berhadapan rumah pangsa Kampung Kolam di sini.

"Kami baru selesai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan satu syarikat tempatan untuk membangunkan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Md Kamaru Al-Amin, YIT dijangka memperoleh RM30 juta hasil pembangunan kawasan seluas kira-kira 2.2 hektar itu dan pendahuluan RM1.5 juta telah pun dibayar kepada YIT.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, beliau berkata perlaksanaan projek itu dijadual bermula September ini apabila segala urusan dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selesai.

Katanya projek yang menyediakan rumah kedai dan hotel serta menara itu dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi dan bakal menjadi mercu tanda YIT yang terbaharu di bandar ini.

Beliau berkata pembangunan hartanah milik YIT seterusnya ialah di hadapan Awana Kijal Resort seluas 5.0 hektar dan Kemasik 2.0 hektar di mana kedua-duanya dalam daerah Kemaman bagi pelaksanaan projek rumah dan kedai.

"YIT akan memperolehi pendapatan bersih RM14 juta dari kedua-dua projek itu selepas dibangunkan oleh pemaju nanti," katanya.

Md Kamaru Al-Amin berkata satu lagi projek hartanah yang akan dibangunkan dengan rumah kedai dan rumah kediaman pada tahun ini ialah satu tapak berdekatan dengan Hospital Setiu.

Beliau berkata projek yang akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan itu akan melibatkan kawasan seluas 2.0 hektar dan ia akan memberi pendapatan RM3 juta kepada YIT.

Di Kampung Raja, Besut pula, YIT akan membangunkan kawasan seluas kira-kira 0.6 hektar juga dengan projek rumah kedai yang akan memberi pulangan RM1.6 juta kepada agensi kerajaan itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.