saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 14/09/2012

I-Bhd jalin kerjasama dengan CPN

BANGKOK 13 Sept. - I-Bhd, pemaju utama i-City, merancang menjalin perjanjian muktamad pembangunan bersama dengan pemaju runcit Thailand, Central Pattana Public Company Ltd. (CPN), dalam tempoh dua bulan untuk membangunkan satu pusat beli-belah di dalam projek perdananya, i-City Cybercentre di Shah Alam, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Datuk Eu Hong Chew berkata, pusat beli-belah yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM500 juta dan berkeluasan 1.7 juta kaki persegi itu dijangka memulakan kerja pembinaan fizikal awal tahun depan dan siap menjelang akhir 2015.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara anak syarikat I-Bhd, I-City Properties Sdn. Bhd. dan CPN di sini semalam bagi merancang pembentukan usahasama melalui syarikat tujuan khas (SPV) membangunkan pusat beli-belah itu.

"Pusat beli-belah itu akan dibangunkan melalui SPV berkenaan yang mana I-Bhd memegang kepentingan 40 peratus dan baki 60 peratus dimiliki CPN," katanya.

Katanya, CPN dipilih berikutan kepakaran dan pengalamannya kerana kumpulan itu kini mengendalikan 20 pusat beli-belah di Thailand, yang termasuk Central World, yang dikatakan pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai keluasan 5.9 juta kaki persegi.

"Kami berbangga bahawa CPN telah memilih i-City menjadi rakan usahasama asingnya yang pertama di dalam pembangunan pusat beli-belah," katanya, sambil menyatakan bahawa CPN adalah salah satu daripada syarikat asing yang mempunyai usahasama dengan mereka untuk membangunkan perbandaran pusat siber itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.