saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 24/09/2012

SWR sediakan sajian penerbangan Novair

PENUMPANG pesawat Nova Airlines dari Stockholm, Sweden ke Langkawi bakal menikmati hidangan sajian daripada syarikat tempatan. - GAMBAR HIASAN

LANGKAWI 23 Sept. - Syarikat tempatan, Bukit Wang Resources Sdn. Bhd. (SWR) mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai pengendali makanan dalam kapal terbang milik syarikat penerbangan Sweden, Nova Airlines AB (Novair).

SWR yang beroperasi sejak 10 tahun lalu diberi kepercayaan itu selepas Pengurus Penyediaan Makanan Novair, Paul De Susini berpuas hati dengan setiap juadah dan menu yang disajikan mereka.

Pengarah Urusan SWR, Shaikh Hamidi Shaikh Salleh berkata, dalam proses pemilihan menu yang berlangsung lebih empat jam itu, empat set makanan dipilih iaitu bagi kelas perniagaan, kelas ekonomi, set kanak-kanak dan set kakitangan kabin.

Katanya, daripada empat set itu De Susini yang mahu makanan tempatan diketengahkan memilih ikan percik dan ayam masak ros sebagai menu utama untuk dihidangkan kepada penumpang mereka.

"Penerbangan Novair yang berlepas dari Stockholm, Sweden ke Langkawi mengambil masa kira-kira 12 jam dan dalam tempoh itu, penumpang disajikan tiga jenis makanan atau 600 set makanan bagi sarapan, makan tengah hari dan malam," katanya.

Beliau ditemui pada majlis sesi pengujian makanan di Kompleks Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kuala Melaka, di sini kelmarin.

SWR ditubuhkan tiga anak tempatan iaitu Shaikh Hamidi, Rosli Yahaya dan Russeta Mohd. Karim.

Shaikh Hamidi berkata, seramai 20 kakitangan diketuai Pengarah Urusan SWR, Chef Rosli Yahaya akan mengendalikan penyediaan makanan berkenaan di setiap penerbangan Novair ke pulau legenda itu.

Menurutnya, Rosli mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang berkenaan, manakala SWR pula berpengalaman luas menyediakan makanan bankuasi, pengurusan hotel dan resort, restoran serta pengurusan acara.

Tambah beliau, SWR telah menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan Novair bagi membekalkan makanan dalam penerbangan jarak jauh Novair dengan penerbangan pertama dijadual bermula Disember ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.