saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 31/10/2012

Nissan Almera tawar harga mampu milik

Dr. Ang Bon Beng (kiri), Tan Heng Chew (tiga dari kiri) dan Takayuki Kimura (tiga dari kanani) bersama pengurusan kanan Tan Chong Motor dan Nissan Motor bergambar bersama Almera, model terbaharu kereta Nissan yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA 30 Okt. - Pengedar kereta jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), berharap model terbaharu Nissan yang dilancarkan hari ini, Almera, bakal menjadi kereta bukan nasional terlaris di dalam segmen B.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, Almera yang sehingga kini sudah menerima 2,000 tempahan sejak pengumuman dan promosinya pada Ogos lalu, merupakan model yang menawarkan harga yang kompetitif kepada pasaran tempatan.

Model itu yang didatangkan dengan empat gred yang berbeza dari segi transmisi dan beberapa spesifikasi, berharga di atas jalan dengan insurans di antara RM66,800 dan RM79,800.

Harga tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira pemasangan aksesori tambahan mengikut kemahuan pembeli.

Kata Bon Beng, beliau berharap Almera bakal menjadi penyumbang utama jualan Nissan di negara ini.

"Kami mahu memastikan ia menjadi kereta paling popular dalam segmen B.

"Tambahan pula, kadar penggunaan kereta segmen B adalah antara tertinggi di dalam pasaran tempatan iaitu mewakili 38 peratus penggunaan kereta pengguna tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan Almera di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Nissan Motor Asia Pasifik, Takayuki Kimura dan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.

Nissan Almera merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dengan lima warna ditawarkan iaitu emas, hitam, kelabu, perak dan putih.

Model itu ditawarkan dalam empat gred iaitu 1.5L E transmisi manual dan automatik, 1.5L V (automatik) dan 1.5L VL (automatik).

Di pasaran antarabangsa, sebanyak 500,000 model itu telah terjual.

Jelas Bon Beng, model itu menawarkan ciri seperti kereta mewah, selain ruang dalamnya yang lebih luas kepada penumpang.

Almera dibina di atas platform versatil V yang menggunakan kerangka yang lebih ringan. Ia menggunakan sistem Continuously Variable-valve timing control (CVCT) dengan kecekapan bahan api 14.9 kilometer setiap liter bagi transmisi automatik dan manakala 15.9 kilometer setiap liter bagi transmisi manual.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.