saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/11/2012

Malaysian Bio-XCell umum pembukaan Central Hub

KUALA LUMPUR 7 Nov - Malaysian Bio-XCell Sdn. Bhd. (Malaysian Bio-XCell) hari ini mengumumkan pembukaan pusat perniagaan dan teknologi terbarunya, Central Hub pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2012 yang berlangsung selama seminggu.

Bertempat di Nusajaya, Johor, Central Hub merupakan pusat tumpuan utama taman bioteknologi Bio-XCell yang berperanan sebagai pemangkin bagi ekosistem bioteknologi di Iskandar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bio-XCell, Rizatuddin Ramli berharap syarikat mendapat lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk membuka atau memperluaskan lokasi operasi mereka di Koridor Selatan.

"Central Hub mampu menjadi lokasi yang sesuai untuk Syarikat-syarikat Multinasional (MNC) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memupuk kerjasama dalam industri.

"Central Hub adalah sebuah projek pembangunan bernilai RM44.7 juta, ia merupakan yang pertama seumpamanya di kawasan selatan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun depan," katanya dalam kenyataan akhbar disini hari ini.

Katanya, kemasukan syarikat-syarikat penyewa dijangka bermula pada suku keempat 2013, justeru manfaatkan lokasi yang strategik dan akses kepada pasaran-pasaran global.

Kompleks serbaguna yang terdiri daripada sebuah bangunan perniagaan, bangunan sains dan auditorium yang mampu menyediakan suasana sesuai untuk pembentukan sebuah komuniti bioteknologi.

Katanya lagi, empat pelanggan utama di taman bioteknologi kini termasuk dua syarikat bioteknologi penjagaan kesihatan dan dua syarikat bioteknologi industri.

"Biocon, sebuah syarikat bioteknologi terbesar India, bakal mendirikan sebuah pusat penghasilan insulin di Bio-XCell, sekali gus menjadikannya yang terbesar di Asia dengan pelaburan berjumlah AS$158 juta (RM500 juta).

"Selain itu, Agila Biotech yang merupakan anak syarikat Strides Arcolab di India, akan menghasilkan produk-produk bioterapeutik dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti pengilangan kontrak," katanya

Syarikat-syarikat bioteknologi industri pula terdiri daripada METabolic EXplorer dari Perancis, syarikat pertama di dunia yang menghasilkan 1:3 Propandiol daripada gliserin mentah dan Glycos Biotechnologies pula (GlycosBio), sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang akan menggunakan teknologi proprietari untuk menghasilkan isoprene, bahan yang digunakan dalam getah sintetik, dengan pelaburan sebanyak AS$14 juta (RM45 juta) bagi Fasa 1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.