saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/02/2013

Sunlight Unicablink ke Indonesia

Syed Hamid Albar (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran aplikasi tempahan teksi dalam talian dikenali, book-a-cab di Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Perkhidmatan sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS), Sunlight Unicablink akan menembusi Indonesia tahun ini.

Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee berkata, pasaran teksi di Indonesia sangat besar dan sistem ini akan memudahkan urusan tempahan serta memendekkan masa menunggu kepada hanya lima minit.

"Menerusi penggunaan perkhidmatan ini, keuntungan pemandu akan meningkat sehingga 50 peratus berbanding biasa dan menerima kira-kira 10 hingga 15 pelanggan berbanding lima pelanggan sehari pada masa lalu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Sunlight Unicablink bersama dengan PT Express Transindo Utama Tbk yang merupakan syarikat teksi dari Indonesia.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Pada majlis tersebut Syed Hamid turut melancarkan aplikasi tempahan teksi dalam talian dikenali, book a cab.

Perkhidmatan tersebut dibangunkan oleh Sunlight Taxi Group sejak setahun yang lalu di negara ini dengan kira-kira 1,000 teksi pada tahun lalu yang menggunakan kemudahan ini.

Bagi perkhidmatan menempah teksi, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi telefon pintar tempahan secara percuma menerusi telefon masing-masing bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Setakat ini, hanya pengguna iPhone dan Android sahaja yang boleh memuat turut aplikasi yang menelan belanja sebanyak kira-kira RM15 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan PT Express Transindo Utama Tbk, Daniel Podiman berkata, kira-kira 10,000 teksi di Indonesia disasarkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Sistem akan diguna pakai dalam tempoh tiga atau empat bulan selepas perkhidmatan ini boleh digunakan bagi telefon pintar, Blackberry yang majoritinya digunakan oleh rakyat Indonesia," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.