saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/03/2013

Mohd. Hazem dilantik CEO IMDB

KUALA LUMPUR 25 Mac - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd. Hazem Abd. Rahman sebagai Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baharu secara rasmi.

Dengan pelantikan itu, Mohd. Hazem akan menggantikan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang dilantik ke Pengarah Bahagian Minyak, Gas dan Tenaga Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di Jabatan Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu).

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Lodin Wok berkata, pelantikan Mohd. Hazem dilihat mampu memacu usaha transformasi negara dalam memenuhi keperluan pembangunan rakyat.

“Kami berharap Mohd. Hazem dapat meneruskan kesinambungan usaha pembangunan Shahrol Azral yang memimpin 1MDB sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hazem menyertai 1MDB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Ogos tahun lalu.

Sebelum menyertai 1MDB, Mohd. Hazem merupakan Pengarah Urusan di bawah anak syarikat milik Sime Darby dan memainkan peranan penting kepada kejayaan 1MDB hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.