saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/04/2013

ECS edar telefon pintar Lenovo

TELEFON pintar Lenovo S890.

KUALA LUMPUR 17 April - Syarikat pengedar peralatan ICT, ECS ICT Bhd. (ECS) hari ini mendapat hak eksklusif untuk menjadi pengedar pertama telefon pintar keluaran Lenovo di pasaran tempatan.

ECS dalam kenyataannya menyatakan, satu perjanjian telah dimeterai oleh anak syarikatnya ECS Astar Sdn. Bhd. dengan Lenovo Technology Sdn. Bhd. bagi melaksanakan hasrat berkenaan.

Pengarah Urusannya, Foo Sen Chin berkata, Lenovo merupakan peneraju di pasaran China dan sedang berusaha untuk mengembangkan kejayaan berkenaan di peringkat antarabangsa.

"Kami merupakan pengedar bagi peralatan lain Lenovo sebelum ini dan kami berkeupayaan untuk memainkan peranan penting dalam membantu Lenovo memasarkan produk baharu mereka," katanya.

Lenovo merupakan pengeluar komputer terkenal dunia dan hanya menceburi segmen telefon pintar pada 2011 tetapi berjaya berkembang pantas untuk menguasai 13.2 peratus pasaran gajet berkenaan di China tahun lalu.

Untuk permulaan, ECS akan mengedarkan dua model telefon pintar iaitu S890 dan P770 yang masing-masing direka untuk pasaran berbeza iaitu untuk hiburan dan juga profesional.

Telefon berkenaan dilengkapi cip pemprosesan berkembar berkelajuan 1.2GHz, 16 jam waktu berbual, 300 jam mod sedia dan sistem operasi Android 4.1 Jellybean.

Sen Chin berkata, berdasarkan maklumat International Data Corporation (IDC), pasaran telefon pintar Malaysia dijangka mencecah RM6.3 bilion tahun ini, meningkat 30.3 peratus berbanding tahun lalu.

"Kemasukan telefon pintar Lenovo ke Malaysia adalah tepat pada masanya dan ECS telah merangka strategi terbaik untuknya," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.