VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 19/04/2013

FGV beli kilang penapis biodiesel RM35 juta

KUALA LUMPUR 18 April - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (FGV Downstream) merancang mengambil alih aset penapisan biodiesel di Kuantan bernilai RM35 juta.

FGV dalam kenyataannya hari ini berkata, FGV Downstream telah memeterai perjanjian jual beli dengan pemilik aset berkenaan Mission Biotechnologies Sdn. Bhd. (MBSB), semalam.

Kilang penapisan biodiesel seluas enam ekar berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran 100,000 tan setahun dan memiliki tangki penyimpan dengan kapasiti 16,000 tan yang mempunyai saluran hubungan terus ke jeti laut dalam untuk aktiviti import serta eksport.

Kilang berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2013.

Presiden Kumpulannya, Datuk Sabri Ahmad berkata, pengambilalihan berkenaan selari dengan strategi FGV untuk mengembangkan aktiviti hiliran untuk melindungi aktiviti huluan.

"Kilang penapisan ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak sawit FFA (bebas asid lemak).

Selain itu, terdapat potensi untuk menghasilkan bahan mentah daripada biodiesel seperti Palm Methyl Ester Sulphonate, Crude atau Refined Glycerine dan Palm Fatty Acid Distillate.

"Ini akan membantu memenuhi permintaan yang semakin daripada syarikat pencuci terhadap bahan-bahan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, lokasi kilang berkenaan juga strategik kerana berdekatan dengan kilang penapisan dan oleokimia milik Felda Vegetable Oil Products Sdn. Bhd. dan Felda Procter Gamble.

Selain itu, kilang tersebut turut terletak berhampiran dengan ladang FGV di Pahang.

Minyak sawit dan biodiesel bertapis FGV menepati piawaian antarabangsa ISCC yang membolehkannya digunakan di Eropah.

Sabri berkata, projek itu merupakan usaha FGV untuk menyokong inisiatif biodiesel B5 dan B10 kerajaan bagi menjadikan biodiesel berdaya maju memandangkan peningkatan permintaan di Eropah bagi pematuhan terhadap sasaran pelepasan Gas Rumah Hijau.

Beliau berkata, kilang penapis itu juga merupakan satu-satunya kilang yang beroperasi di Pantai Timur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.