saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 29/04/2013

Samsung dipilih jenama terbaik Putra Brand

wakil syarikat pemenang jenama terbaik yang menerima Anugerah Putra Brand 2013 bagi kategori masing-masing bergambar pada malam penyampaian anugerah itu di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 April - Pengeluar produk elektronik, Samsung, dinobatkan sebagai Jenama Terbaik Tahunan di dalam Anugerah Putra Brand 2013, mengetepikan lebih 30 jenama yang dipertandingkan.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dr. Wong Lai Sum, di dalam satu majlis malam Jumaat lalu.

Tahun lalu, syarikat penyiaran swasta, Astro, telah dipilih sebagai jenama tahunan.

Selain merangkul anugerah itu, Samsung turut memenangi jenama terbaik di dalam kategori peranti komunikasi terbaik, peralatan perniagaan dan pejabat serta produk pengguna dalam rumah.

Sementara itu, Bonia bersama Secret Recipe telah dipilih sebagai Jenama yang Berpotensi.

Anugerah Putra Brand merupakan penganugerahan yang mengiktiraf jenama paling popluar di dalam sesebuah industri, yang dipilih melalui kajian rawak ke atas 6,000 responden pengguna tempatan.

Selain itu terdapat beberapa penerima anugerah pelbagai kategori industri turut diumumkan.

Antaranya Nike, 100 Plus, Toyota, Maxis, Taylor's University College, Gardenia, Dynamo, Sime Darby Property, dan McDonald's yang memenangi anugerah masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.