saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/05/2013

Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure

Ketua Pegawai Operasi Mobilityone Sdn. Bhd., Khairuddin Khalid (kiri) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada majlis Pelancaran Tablet Ninetology-Clixster di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mengorak selangkah lagi dalam industri telekomunikasi apabila mengadakan kerjasama melancarkan tablet pintar di bawah jenama Ninetology-Clixster.

Presiden Angkasa, Prof. Datuk. Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, tablet pintar yang digelar Outlook Pure itu adalah hasil kerjasama Angkasa bersama syarikat telekomunikasi bagi sektor koperasi, Clixster Mobile Sdn. Bhd dan syarikat teknologi peranti mudah alih, Ninetology Marketing Sdn. Bhd.

Katanya, perkembangan itu merupakan susulan daripada pelancaran talian telefon bimbit baharu untuk kegunaan ahli koperasi dikenali 'MyCoop-Clixster' secara prabayar dan pascabayar pada Jun tahun lalu.

Program MyCoop-Clixster merupakan perkhidmatan 'Mobile Internet Community' yang dilaksanakan khusus sebagai talian rasmi kepada ahli Angkasa dan koperasi.

"Ini adalah sejarah apabila sektor koperasi mula terlibat dalam industri telekomunikasi. Sektor koperasi di negara ini sangat besar jadi ini membuka peluang kepada semua ahli untuk menjana pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Tablet Ninetology-Clixster dan perjanjian bersama antara Angkasa, Clixster Mobile dan Ninetology untuk Pusat Tambah Nilai Clixster Mobile di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Clixster Mobile, Azrinaz Mazhar Hakim, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis dan Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing, Sean Ng.

Mohd. Ali berkata, Angkasa akan terus mempromosikan produk terbaru itu kepada 5,500 ahli koperasi di bawah Angkasa dengan ahli seramai 6.2 juta dalam usaha memperluaskan peluang menjana pendapatan di kalangan mereka selepas ini.

"Komitmen kita adalah untuk jadikan program terbaru ini sebagai penjana pendapatan di kalangan ahli-ahli Angkasa dengan menjadi pengedar dan ejen untuk produk itu," katanya.

Sementara itu, Azrinaz berkata, kerjasama itu akan membolehkan Clixster Mobile mendapat akses kepada setiap premis jualan di bawah Ninetology.

Katanya, tablet yang baru dilancarkan itu akan dipakejkan dengan perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobile.

Beliau berkata, ia akan berada di pasaran bermula Jun ini dan dijual pada harga RM599 selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.