saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 12/07/2013

UTM, AZRB laksana projek RM170j

KUALA LUMPUR 11 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini telah menjalinkan kerjasama dengan Ahmad Zaki Sdn. Bhd. (AZRB) bagi pembangunan projek kompleks kediaman pelajar universiti itu di Jalan Semarak, di sini bernilai RM170 juta.

Projek tersebut merangkumi pembinaan empat blok penginapan pelajar dan empat tingkat podium yang terdiri daripada ruang komersial, tempat letak kereta, pusat boling dan dewan serbaguna.

Tapak projek itu diserahkan pada bulan ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula antara tiga hingga enam bulan selepas itu dan siap dalam masa tiga tahun.

Pengarah Urusan AZRB, Datuk Wan Zakariah Wan Muda berkata, projek terbabit merupakan tambahan kepada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion projek yang dimiliki syarikat ketika ini.

"Syarikat ketika ini agak aktif membida projek-projek. Antara projek yang kami aktif membida adalah projek yang pernah dilakukan sebelum ini seperti bangunan dan jalan.

"Jumlah keseluruhan projek yang dimiliki syarikat ketika ini adalah untuk jangka masa empat hingga lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan surat setuju terima (LOA) tender bagi projek pembinaan di UTM tersebut di universiti itu, Jalan Semarak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Ramli Kushairi dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim.

Sementara itu, Mohd. Azraai berkata, perlaksanaan projek berkenaan adalah melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) yang dilaksanakan secara pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jelasnya, bayaran balik bagi pinjaman itu adalah menggunakan sumber pendapatan daripada penyewaan bangunan dan akan dijelaskan dalam tempoh tujuh tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zuhur 1:27
Asar 4:49
Maghrib 7:24
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.