saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 13/08/2013

Scomi bida tiga projek monorel

KUALA LUMPUR 12 Ogos — Scomi Engineering Bhd., cabang kejuruteraan Scomi Group, kini mengambil bahagian dalam proses pembidaan tiga projek monorel di India yang akan menambah nilai kontrak dalam tangan syarikat sehingga RM1 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Engineering, Kanesan Veluppillai berkata, proses pembidaan bagi projek monorel Kerala, Chennai dan Delhi itu akan berakhir dalam masa beberapa bulan akan datang dan syarikat menjangka mendapat keputusannya pada suku tahun ini dan suku akan datang.

"Kami akan melaksanakannya (pembinaan monorel) sebagai sebuah konsortium sama seperti projek monorel Mumbai. Bahagian kami pada maksimum kira-kira RM1 bilion (bagi ketiga-tiga projek itu)," katanya dalam satu temu bual di sini.

Menurut penganalisis industri, projek di Kerala dan New Delhi membabitkan laluan sepanjang 33 kilometer manakala di Chennai, negeri dengan penduduk kelima teramai di India, projek monorel akan melibatkan laluan sepanjang 57.1 kilometer.

Sementara itu, mengenai projek laluan 1 monorel Mumbai, beliau berkata, projek itu akan memulakan operasi komersial sulungnya yang terdiri dari laluan sepanjang sembilan kilometer pada 15 September seperti dirancang.

Beliau berkata, daripada 10 koc monorel yang digunakan, sembilan kini sedang melalui ujian bersepadu.

"Perkembangannya amat baik. Kami telah menyelesaikan ujian penting sehingga 1 Jun dan operasi komersial akan dilaksanakan sebagaimana dirancang pada 15 September.

"Kami menjalankan ujian dalam apa kemungkinan keadaan paling buruk. Musim monsun sekarang ini dan koc kami melalui ujian dalam keadaan ini," katanya.

Scomi mendapat projek monorel Mumbai bernilai RM1.85 bilion pada 2008, melalui usaha sama dengan syarikat India, Larsen and Toubro Ltd.

Kontrak Mumbai merupakan projek monorel pertama Scomi di luar Malaysia sebelum meraih dua projek monorel di Brazil dengan nilai gabungan RM5.6 bilion tiga tahun kemudiannya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.